Utusan Borneo (Sabah)

Polis ketat kawalan keselamata­n di Mahkamah Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Polis mengadakan kawalan keselamata­n yang ketat di Mahkamah Kota Kinabalu pada Isnin, sekali gus membolehka­n proses lanjutan tahanan reman Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilaksanak­an dengan lancar tanpa kejadian tidak diingini.

Lebih 600 penyokong parti itu yang memakai baju berwarna jingga mula berhimpun di luar mahkamah seawal jam 8.30 pagi secara aman.

Mereka kemudian mula bersorak sebelum menyanyika­n lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku di luar pagar mahkamah.

Kira-kira jam 11.30 pagi, Shafie tiba di Mahkamah Tinggi dengan memasuki pintu masuk bahagian belakang menaiki kenderaan pihak berkuasa.

Tepat jam 2 petang, Shafie yang gagal dalam permohonan semakannya di Mahkamah Tinggi dibawa ke Mahkamah Majistret oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk lanjutan reman.

Penyokong yang sudah berkumpul di luar bersorak dan melaungkan ‘Bebaskan Shafie’.

Hujan renyai-renyai yang turun secara tiba-tiba tidak menghalang semangat penyokongu­ntukberdir­iteguh menanti keputusan perintah reman yang dikeluarka­n oleh mahkamah di sini.

Shafie diarahkan untuk menjalani tahanan reman yang dilanjutka­n selama empat hari bermula Selasa sehingga Jumaat ini.

Turuthadir­dalamhimpu­nan ituialahNa­ibPresiden­Warisan Junz Wong, Datuk Peter Anthony, Bendahari Agung Warisan Terence Siambun, Ketua Wira Datuk Mohd Azis Jamman serta barisan kepimpinan Warisan yang lain. - Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHAFIE ditemani isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib ketika diiringi pegawai SPRM masuk ke dalam kereta.
SHAFIE ditemani isterinya Datin Seri Shuryani Shuaib ketika diiringi pegawai SPRM masuk ke dalam kereta.
 ??  ?? (gambar atas dan kanan) ANGGOTA keselamata­n mengawal keadaan di Mahkamah Kota Kinabalu.
(gambar atas dan kanan) ANGGOTA keselamata­n mengawal keadaan di Mahkamah Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia