Utusan Borneo (Sabah)

Utamakan kebersihan, keindahan

Penduduk Liawan diminta siap sedia sambut Tahun Melawat Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Penduduk terutama pimpinan kampung di kawasan Liawan diminta supaya bersiap sedia menyambut Tahun Melawat Keningau 2018.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil berharap semua kampung di kawasan Liawan bersiap sedia memberikan komitmen penuh kepada program itu.

“Saya berharap penduduk kampung ini dapat memberikan perhatian mengenai kebersihan dan keindahan yang dapat menarik pelancong,” katanya semasa berucap merasmikan Karnival Kesihatan Klinik Kesihatan Bingkor yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tudan Baru di sini pada Sabtu.

Beliau yang mewakili Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno berkata, pimpinan kampung itu perlu mencari pendekatan baharu dalam menyediaka­n produk yang dapat menarik pelancong.

Katanya, tempat-tempat menarik yang terdapat di kampung mereka juga perlu diindahkan selain memastikan kebersihan­nya.

“Saya pasti banyak kampung yang mempunyai sejarah menarik selain

tempat-tempat riadah yang akan menjadi tumpuan pelancong.

“Produk-produk pelanconga­n yang boleh menjana pendapatan juga perlu diberikan keutamaan seperti hasil kraftangan, makanan tradisi, kesenian dan kebudayaan dan hasil pertanian seperti buahbuahan,” katanya.

Sahanip berkata, persiapan awal amat penting agar kebersihan dan keindahan kampung dapat dilakukan dengan mengadakan program gotong royong.

Beliau percaya dengan komitmen tinggi pemimpin

dan penduduk kampung, sudah tentu apa yang dirancang akan berjalan lancar dan teratur.

Mengenai karnival itu, beliau berkata ia memberi kesedaran masyarakat kampung tentang penjagaan kesihatan dan gaya hidup yang sihat selain menjaga kebersihan diri serta keluarga dan persekitar­an rumah.

Sempena karnival itu, turut diadakan ceramah kesihatan, pemeriksaa­n gula dalam darah, obesiti, tekanan darah tinggi, pemeriksaa­n kesihatan dan penjagaan gigi.

Acara lain yang diadakan ialah senamrobik, sukan rakyat dan pertanding­an karaoke bagi memeriahka­n lagi karnival itu.

Program sehari itu adalah anjuran Klinik Kesihatan Bingkor, Panel Penasihat dan Kospen Klinik Kesihatan Bingkor dengan kerjasama Hal Ehwal Wanita (HELWA) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Tudan Baru.

Hadir sama pada program itu ialah Wakil Ketua Anak Negeri Rusli Suman, Ketuaketua kampung, Haji Sadi Raji (Tudan Baru), Abi Batinggal (Bangau) dan Jukilin Batin (Pamalan), dan Pengerusi JKKK Sarimin Musiman.

“Produk-produk pelanconga­n yang boleh menjana pendapatan juga perlu diberikan keutamaan seperti hasil kraftangan, makanan tradisi, kesenian dan kebudayaan dan hasil pertanian seperti buah-buahan.

SAHANIP JAMIL Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan

 ??  ?? SEBAHAGIAN penduduk kampung yang hadir mendengar ceramah kesihatan pada program itu.
SEBAHAGIAN penduduk kampung yang hadir mendengar ceramah kesihatan pada program itu.
 ??  ?? SAHANIP menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu acara sukan rakyat, Sahili Rosdy.
SAHANIP menyampaik­an hadiah kepada pemenang salah satu acara sukan rakyat, Sahili Rosdy.
 ??  ?? SAHANIP (duduk, kanan) melakukan pemeriksaa­n gula dalam darah.
SAHANIP (duduk, kanan) melakukan pemeriksaa­n gula dalam darah.
 ??  ?? SENAMROBIK bersama penduduk kampung dan penganjur program itu.
SENAMROBIK bersama penduduk kampung dan penganjur program itu.
 ??  ?? SARIMIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Sahanip.
SARIMIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Sahanip.
 ??  ?? SEBAHAGIAN AJK penganjur dan petugas bergambar atas kejayaan program itu.
SEBAHAGIAN AJK penganjur dan petugas bergambar atas kejayaan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia