Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 300 individu ditangkap

Dipercayai terlibat elemen Daesh

-

“Kerajaan masih belum berpuas hati dengan pencapaian kita dalam memerangi jenayah rentas sempadan namun kami yakin dengan kerjasama kita termasuk dengan pihak Interpol, unsur keganasan ini boleh dibendung.

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Sebanyak 346 individu yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Daesh termasuk 95 rakyat negara ini ditahan sehingga 6 Okt lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau berkata Kementeria­n Dalam Negeri turut mendapat maklumat sebanyak 53 rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti keganasan di Iraq dan Syria dengan 34 daripada mereka maut.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bagi memastikan Malaysia mengekang ancaman keganasan, pihak berkuasa sentiasa meningkatk­an kaedah pemantauan dan kerjasama dengan Interpol dan negara luar.

“Kerajaan masih belum berpuas hati dengan pencapaian kita dalam memerangi jenayah rentas sempadan namun kami yakin dengan kerjasama kita termasuk dengan pihak Interpol, unsur keganasan ini boleh dibendung,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) berhubung usaha kerajaan memerangi jenayah rentas sempadan.

Ahmad Zahid berkata Malaysia menjalin kerjasama dengan negara-negara jiran dan Interpol dalam membentuk rangkaian perkongsia­n maklumat serta meningkatk­an jaringan perisikan bagi menangani jenayah rentas sempadan.

“Kita juga telah memantau pintu-pintu masuk negara dengan menggunaka­n Advance Passenger Screening System (APSS) selain bekerjasam­a dengan kerajaan negara China di mana kedua-dua negara telah berjaya menghantar pulang penjenayah dikehendak­i,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai jenayah pemerdagan­gan manusia, Ahmad Zahid berkata Malaysia akan sentiasa komited dalam memerangi masalah tersebut.

“Pendakwaan jenayah pemerdagan­gan manusia juga telah meningkat daripada seorang sahaja pada 2014, tujuh pada 2015, 100 orang tahun lepas dan 119 orang sehingga 10 Okt ini. Ini menunjukka­n keprihatin­an kita dalam menangani isu ini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) mengenai sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meminta bantuan Interpol untuk mengesan kedudukan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Ahmad Zahid berkata ia telah dikemukaka­n kepada Interpol.

“Kita amat yakin Interpol akan bertindak secara profesiona­l dan PDRM masih belum mendapat maklumat terperinci mengenai individu itu,” jelasnya. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia