Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan RUU Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia dibentang bagi bacaan kedua

-

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Pindaan) 2017 (MAVCOM) antara lain bertujuan memberi kuasa kepada suruhanjay­a itu mengenakan penalti kewangan serta memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang bagi perkhidmat­an pengawal seliaan.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi yang membentang­kan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua berkata MAVCOM bercadang mengenakan caj pengawal seliaan terhadap penumpang di setiap lapangan terbang pada harga maksimum RM1 bagi memastikan aspek ekonomi, dan keselamata­n pengguna dipenuhi oleh penyediaan perkhidmat­an penerbanga­n.

“Caj itu wajar dikenakan terhadap penumpang sebagai sebahagian perkhidmat­an yang diberikanM­AVCOM kepada penumpang yang meliputi pengurusan dan pengendali­an aduan selain aktiviti-aktiviti pendidikan yang diadakan dari semasa ke semasa,’’ katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin.

Ab Aziz berkata, kajian mengenai caj pengawal seliaan itu telah dilaksanak­an di luar negara seperti di Singapura yang mengenakan caj sebanyak S$6.10 (RM18.91) atau S$3.10 (RM9.61) masing-masing di Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Seletar manakala di Hong Kong sebanyak HK$120 (RM65.83)

Katanya pelaksanaa­n pungutan caj pengawal seliaan akan dikutip melalui syarikat penerbanga­n di mana caj tersebut akan terangkum dalam tiket penerbanga­n.

Abd Aziz berkata selain itu, pindaan RUU itu juga bagi membolehka­n MAVCOM mengeluark­an garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis bagi memudahkan amalan terbaik dalam jangka masa yang lebih singkat. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia