Utusan Borneo (Sabah)

HiO lumayan nanti peserta bertuah PDIS

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Hadiah luyaman Pukulan Selubang (HiO) menanti para peserta Pertanding­an Golf Perpaduan PDIS 2017 di Dalit Bay Golf & Country Club (DBGCC) pada 11 November.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau merangkap pengerusi penganjur Alijus Haji Sipil (gambar) melalui kenyataan akhbar pada Isnin berkata, pertanding­an anjuran Pertubuhan Dusun Islam Sabah (PDIS) itu dijadualka­n bermula 6.00 pagi.

Hadiah HiO yang menanti termasuk sebuah motosikal Harley Davidson dan sebuah kereta Isuzu D’Max tajaan Syarikat Fook Loi Sdn. Bhd. selain sebuah kereta Proton Saga tajaan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Malaysia (PEKEMA) cawangan Sabah dan wang tunai RM10,000.

“Pihak penganjur meletak sasaran untuk menarik 120 penyertaan atau 30 `flight’, di mana penyertaan dibuka sehingga 4 November ini.

“Selain hadiah pukulan selubang, pihak penganjur juga menyediaka­n hadiah mengikut kategori serta hadiah cabutan tiket bertuah yang menarik dengan nilai keseluruha­n lebih RM10,000,” jelas beliau yang juga Naib Presiden II PDIS.

Alijus berkata, sebahagian dari hasil kutipan dana menerusi pertanding­an golf amal ini akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih, manakala sebahagian­nya lagi akan digunakan untuk melaksanak­an aktiviti pihak PDIS yang telah dirancang.

Antara program sosial yang telah dirancang oleh PDIS ialah memberi bantuan kepada pelajar-pelajar di kawasan luar bandar yang kurang bernasib baik dan tidak berkemampu­an.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 012-8280044 (Sulaiman Sabri), 019-8506906 (Rosmilin Abdullah) atau 019-8039928 (Izam Yahya).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia