Utusan Borneo (Sabah)

Promosi aktiviti berbasikal

Lebih 600 sertai Beaufort MTB Challenge 2017

-

BEAUFORT: Lebih 600 orang dari 40 pasukan basikal lasak menyertai Kejohanan Beaufort MTB Challenge 2017 sejauh 54km sempena sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah bertempat di Kompleks Sukan Beaufort pada Ahad.

Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi dari pasukan Giant/ PDRM selaku juara kategori Master A menjadi peserta terpantas kejohanan itu dengan catatan masa 2 jam 1 minit 38 saat, manakala Muaz Abd Rahim, peserta kategori Men Elite, peserta kedua terpantas iaitu 2:01:41s dan Shahrin Amir, peserta kategori Master A dari pasukan BCT menjadi peserta ketiga terpantas dengan catatan masa 2:01:44s.

Kejohanan basikal lasak anjuran Pejabat Daerah Beaufort itu dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh selaku wakil Yang Dipertua Negeri Sabah dibahagika­n kepada kategori Men Elite, Men Junior, Men Master A, Men Master B, Men Veteran, Women Open dan Fat Bike.

Johan kategori Men Elite ialah Muaz Abd Rahim, naib johan Muhammad I’maadi Abd Aziz dari pasukan Bro’s Cycling Project dan tempat ketiga Laurel Lauridsen Adrian dari pasukan Sarawak (AMP Team), manakala johan kategori Men Junior ialah Mohd Faizikry Jumah dari pasukan Team Giant Kota Kinabalu, naib johan Muhammad Aidil Taufid Afendi dari pasukan Geng Budak Hitam dan ketiga Rainallim.

Kategori Master A dimenangi oleh Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi dari pasukan Giant/PDRM, naib johan Shahrin Amir dari pasukan BCT dan ketiga Frisco Daniel dari pasukan Faith Wellness Cycling Team, manakala johan Kategori Master B ialah Halid Hj Sata dari Brunei Darussalam, naib johan Tan Chee Yong dari Team Izrimee Bike (Johor) dan ketiga Muhamad Razli Ibrahim dari pasukan G530.

Johan kategori Men Veteran ialah Nor Effandy Rosli, naib johan Tsen Yu Sang dan ketiga Rayim Sidek dari pasukan Kelab Berbasikal Kota Belud, manakala kategori Fat Bike dimenangi oleh Md Ali Firdaus Hj Mail dari Brunei Darussalam, kedua Johnny Thien dari pasukan CFC Cycling Team dan ketiga Koo Vui Dee Alwyn.

Kategori Women Open dimenangi oleh Nur Deena Safia, naib johan Anita Markus dari pasukan Team Shane dan ketiga Stephanie Chok dari pasukan KDMCT.

Menurut Radin, penganjura­n sukan berbasikal itu bukan sahaja dapat memupuk semangat berpasukan dan mengeratka­n hubungan, ia juga dapat mempromosi aktiviti berbasikal serta menjadi platform melahirkan lebih ramai pelumba basikal tempatan.

“Kejohanan basikal itu dapat mempromosi­kan lagi daerah Beaufort terkenal dengan pelbagai keunikan produk pelanconga­n agar menjadi salah satu destinasi eko-pelanconga­n di Sabah untuk dilawati oleh orang ramai.

“Penganjura­n acara ini seiringden­gangalakan­kerajaan kepada rakyat berbilang kaum di Sabah untuk mengamalka­n gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal,” katanya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Belia dan Sukan Datuk Haji Awang Damit Haji Awang Anak serta Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Kejohanan Beaufort MTB Challenge 2017 Haji Mohd Shaid Othman dan Datin Angeline Tom.

Radin juga menghadiri majlis jamuan meraikan para peserta pertanding­an itu dan penyampaia­n sumbangan oleh para penaja untuk kejohanan itu di Hotel GEM Beaufort pada malam Sabtu.

 ??  ?? RADIN bersama para pemenang kategori Men Open.
RADIN bersama para pemenang kategori Men Open.
 ??  ?? RADIN bersama para pemenang kategori Men Elite.
RADIN bersama para pemenang kategori Men Elite.
 ??  ?? RADIN bersama para pemenang kategori Master B.
RADIN bersama para pemenang kategori Master B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia