Utusan Borneo (Sabah)

Keruak Juara Lawn Bowls Umno Layang-Layangan

-

LABUAN: Pasukan Keruak muncul Juara Kejohanan Lawn Bowls Tertutup sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2017 anjuran Umno Cawangan Kampung Layang-Layangan, baru-baru ini.

Seramai 100 orang peserta yang terbahagi kepada 20 kumpulan mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

Kejohanan yang diadakan di Gelanggang Labuan Internatio­nal Lawn Bowl Arena itu mengambil masa selama tiga hari dengan menggunaka­n sistem liga kumpulan.

Ini bertujuan bagi memberikan pemain baru beraksi dan mencungkil bakat-bakat muda untuk diketengah­kan pada masa akan datang.

Setiap pasukan perlu ada seorang pemain senior, yang akan membimbing ahli pasukannya untuk bermain.

Kejohanan tersebut yang dirasmikan pembukaann­ya oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias, telah menjadi pembakar semangat kepada penganjur dan pemain.

Beliau berharap agar kejohanan ini mampu untuk menjalinka­n ikatan dan kekuatan tali persaudara­an dan perpaduan antara penduduk kampung khususnya anak kariah Kampung LayangLaya­ngan.

Bashir turut menyampaik­an sumbangan kepada penganjur sebagai motivasi bagi menjayakan kejohanan tersebut.

Justeru itu, penganjura­n ini dilihat dapat mengurangk­an gejala dan aktiviti tidak sihat yang sering berlaku di kampung.

Sementara itu, persaingan di separuh akhir menyaksika­n pasukan Keruak menewaskan pasukan Punai dengan mata 7-3, manakala Keluang juga menewaskan Helang dengan mata 7-3.

Perlawanan akhir menyaksika­n pertembung­an sengit dan menarik antara pasukan Keruak dan pasukan Keluang.

Set pertama pasukan Keluang mendahului dengan 1 mata tetapi dapat disamakan pada set kedua menjadikan kedudukan 1-1.

Persaingan mata terus berlaku sehingga set ke-4, pasukan Keruak mendahului satu mata menjadikan kedudukan 5-4.

Pada set ke-6, pasukan Keruak yang diketuai oleh Adey Suhaimi bermain cemerlang bersama anak buahnya Roziman Sabtu, M Haziq Eoziman dan Fakrusy Syakirin terus memberikan tekanan kepada pasukan lawan dengan mengutip 4 mata menjadikan kedudukan 9-4.

Akhirnya pasukan Keruak muncul juara dengan kiraan mata 9-5, apabila pada set terakhir, pasukan Keluang berjaya menambah 1 mata sahaja sekaligus menduduki tempat yang kedua.

Dengan kejayaan itu, pemain Keruak membawa pulang hadiah wang tunai RM400 dan hamper manakala Keluang RM300 serta hamper.

Ketua Pasukan Keruak, Adey Suhaimi berkata, pasukannya merupakan pasukan yang bertuah dan mendapat sentuhan keajaiban, walaupun 3 pemainnya belum pernah bermain, hanya membuat latihan sehari sebelum kejohanan, tetapi atas semangat dan sokongan padu pasukan ini berjaya meraih kejuaraan sulung lawn bowls.

“Strategi dan kesungguha­n pemain yang konsisten dan mendengar arahan adalah rahsia pasukan Keruak berjaya,”katanya.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada Pribumi Layangan yang menaja jersey pasukan Keruak yang membawa aura dan tuah serta membangkit­kan semangat pasukannya.

Tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan Helang yang mengecewak­an Punai dengan kemenangan tipis 9-8 sekaligus meraih RM200 dan hamper.

Hadiah telah disampaika­n oleh Naib Ketua Umno Bahagian Labuan, Datuk Khalid Abd Ghani yang mewakili Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.

Beliau mengucapka­n tahniah dan syabas kepada penganjur iaitu Umno Cawangan Kg Layang-Layangan yang dipimpin oleh Pemangku Ketua Cawanganny­a, Haji Lakat Haji Khamis atas usaha yang dilakukan bagi menyahut cabaran sempena Hari Sukan Negara 2017.

Khalid berharap agar lebih banyak program dapat dianjurkan seperti ini, sebagai satu usaha untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dengan rakyat, serta menjadi pemangkin ke arah kecemerlan­gan dan kesihatan bagi masyarakat setempat dan mengukuhka­n perpaduan kaum.

Sementara itu, Haji Lakat yakin menerusi pertanding­an itu, hubungan erat yang terjalin antara pemimpin dan ahli Umno Cawangan LayangLaya­ngan akan terus utuh selaras dengan hasrat pucuk pimpinan di peringkat Pusat dan Bahagian yang mahu ahli dan pemimpin sentiasa berganding bahu bukan sahaja mengadakan pelbagai program tetapi juga menjaga perpaduan dan kekuatan parti.

Pada kejohanan kali ini, Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Mohd Rafi Datuk Ali Hassan juga berkesempa­tan hadir bagi memberikan sokongan moral kepada para pemain dan memberikan sumbangan bagi penganjura­n Kejohanan Lawn Bowl yang julung kalinya diadakan itu.

 ??  ?? KHALID (empat kanan) menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan Keruak, Roziman Sabtu sambil diperhatik­an Haji Lakat (tiga kanan).
KHALID (empat kanan) menyampaik­an hadiah kepada ketua pasukan Keruak, Roziman Sabtu sambil diperhatik­an Haji Lakat (tiga kanan).
 ??  ?? PASUKAN Helang menduduki tempat ketiga.
PASUKAN Helang menduduki tempat ketiga.
 ??  ?? NAIB johan dimenangi pasukan Keluang.
NAIB johan dimenangi pasukan Keluang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia