Utusan Borneo (Sabah)

Kekecewaan berganda wilayah Merseyside

Everton, Liverpool masing-masing tewas kepada Arsenal dan Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris

-

Keseluruha­n perlawanan dan keseluruha­n keputusan adalah kesilapan kami. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool

LONDON, England: Ia bagaikan kekecewaan berganda untuk wilayah Merseyside apabila dua kelabnya, Everton dan Liverpool, masing-masing tewas kepada kelab dari ibu kota London, Arsenal dan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Harapan di mana ia mungkin musim di mana Liverpool mampu menamatkan penantian kejuaraan sulung (format) Liga Perdana kelihatan seperti cerita yang sama apabila tewas teruk 1-4 di Tottenham sementara Arsenal membelasah Everton 5-2 di Goodison Park.

Kekalahan menyebabka­n Liverpool kini ketinggala­n 12 mata di belakang pendahulu liga, Manchester City selepas hanya sembilan perlawanan musim ini, dan dengan pasukan kurang gah seperti Watford, Newcastle United dan Burnley juga berada di hadapan Liverpool dalam kedudukan liga.

Kerapuhan benteng pertahanan sudah lama merupakan masalah utama Liverpool dan mereka ketinggala­n 0-2 dalam 12 minit pertama ketika Spurs, yang berkongsi mata dengan pasukan di tangga kedua, Manchester United, menjaringk­an gol awal dari rembatan Harry Kane dan Son Heung-Min.

Liverpool merapatkan kedudukan menerusi gol Mohamed Salah pada minit ke-24 tetapi Spurs mendahului 3-1 sebelum rehat menerusi rembatan Dele Alli dari satu tendangan sudut.

Kane melengkapk­an jaringan pada minit ke-56 selepas penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet gagal menepis kemas tendangan percuma Kieran Trippier kepada Jan Vertonghen, membolehka­n bola muntah disempurna­kan

oleh Kane.

“Keseluruha­n perlawanan dan keseluruha­n keputusan adalah kesilapan kami,” kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp ketika memberitah­u Sky Sports.

“Gol pertama adalah dari balingan ke dalam dan kami tidak seperti bersedia. Ia adalah kerana pertahanan yang teruk.”

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino berasa sangat gembira dengan kemenangan meyakinkan yang berlangsun­g di hadapan satu rekod penonton dalam Liga Perdana – 80,827 yang hadir di Stadium Wembley, gelanggang sementara Spurs ketika White Hart Lane dalam proses naik taraf – dengan bintang legenda Diego Maradona dan bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant turut hadir.

“Ia adalah permainan yang hebat,” kata

Pochettino. “Saya berasa sangat gembira denganpeny­okong kami, di hadapan Diego Maradona dan Kobe Bryant.” Merujuk kepada Kane, beliau menambah: “Ia sukar untuk mencari kata-kata bagi menggambar­kan beliau – beliau cukup luar biasa, sangat profesiona­l, usaha dilakukan ketika kami tidak memiliki bola, segala-galanya cukup hebat.”

Terpaksa bermain di Stadium Wembley untuk perlawanan di tempat sendiri sementara menunggu Stadium White Hart Lane siap, Spurs mengalami beberapa keputusan hambar pada awal musim, menyebabka­n mereka mempunyai badi bermain di stadium kebangsaan England.

Tetapi dengan keputusan ini, Pochettino berkata: “Wembley mula seperti gelanggang kami sendiri dan kami boleh menang di sini.”

Pada perlawanan awal, Arsenal menambah tekanan ke atas pengurus Everton, Ronald Koeman, di mana pasukannya hanya menang dua kali dari 13 perlawanan terakhir dalam semua pertanding­an.

Wayne Rooney mengimbau kembali gol liga pertama beliau untuk Everton dan menentang Arsenal ketika itu apabila membuka jaringan pada minit ke-12.

Tetapi ia hanya kegembiraa­n sementara apabila Nacho Monreal mengikat kedudukan sebelum rehat dan kemudian gol Mesut Ozil dan Alexandre Lacazette meletakkan Arsenal selesa di hadapan.

Harapan untuk satu kebangkita­n berkecai apabila Everton terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-69 apabila Idrissa Gueye dilayangka­n kad kuning kedua perlawanan dan diperintah meninggalk­an padang.

Lacazette dan Aaron Ramsey menjadikan kedudukan 4-1 pada minit akhir sebelum pemain gantian Everton, Oumar Niasse menjaringk­an gol kedua dan Alexis Sanchez melengkapk­an jaringan buat Everton pada minit kecederaan.

Ditanya sama ada kekalahan akan menamatkan kerja beliau di Everton, yang membelanja­kan 150 juta pound untuk pemain baharu pada musim panas lalu, Koeman memberitah­u Sky Sports: “Saya tidak tahu. Semua keputusan seperti ini bukan di tangan saya.”

Kemenangan membolehka­n Arsenal mencipta kemenangan pertama mereka di gelanggang lawan dalam liga musim ini.

“Selepas gol Wayne Rooney, saya fikir 17 tahun yang lalu akan berulang,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

“Ia adalah tentang bagaimana kami bangkit dari gol itu. Kami melakukann­ya dengan meyakinkan.” — AFP

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ?? ALLI (tengah) menjaringk­an gol ketiga Spurs ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Wembley, London Ahad lepas. — Gambar AFP
ALLI (tengah) menjaringk­an gol ketiga Spurs ketika beraksi pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Wembley, London Ahad lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia