Utusan Borneo (Sabah)

KK pasukan terakhir layak ke suku akhir Piala KM

Ke suku akhir Piala KM 2017

-

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu menjadi pasukan terakhir menempah tempat ke suku akhir Kejohanan Bolasepak Piala Ketua Menteri (KM) 2017 selepas menewaskan pasukan Kota Belud 2-1 dalam perlawanan peringkat kelayakan di Stadium Likas, malamAhad.

Pasukan tuan rumah yang sebelum itu seri 00 dengan pasukan Tuaran dalam perlawanan pertama perlu memenangi pertemuan dengan Kota Belud yang mengalahka­n Tuaran 1-0 dalam perlawanan pertama mereka.

Pasukan Kota Kinabalu mendahului lawan 1-0 pada separuh masa pertama melalui MohdFaqrua­ziAhmadnam­un Kota Belud memperoleh gol penyamaan di saingan babak separuh masa kedua.

Pemain gantian, Yuseddy Yusiman memastikan Kota Kinabalu mara ke saingan seterusnya dengan menjaringk­an gol kemenangan sekali gus menepati sasaran pasukan mereka.

Pengurus pasukan, Lokman Sunggim, berkata kesungguha­n dan kerja keras para pemain membolehka­n pasukan mereka meraih kejayaan untuk meneruskan cabaran dalam kejohanan itu.

“Para pemain telah menggalas tanggungja­wab dengan berkesan serta memiliki ketahanan mental yang kental untuk menghadapi tekanan dari pasukan lawan. Ini antara faktor yang menyumbang­kan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau berharap anak-anak buahnya akan meneruskan momentum tersebut di samping terus berusaha untuk memburu kemenangan dalam saingan suku akhir nanti.

“Cabaran pasukan akan bertambah sengit selepas ini namun kita yakin jurulatih Roslan Wasli dan para pemain sudah bersiap siaga mengharung­inya, ujarnya.

Menurut Lokman, pihaknya yakin para pemain dan jurulatih menyedari tugas yang lebih berat di pusingan seterusnya namun dengan persiapan yang rapi, pasukan pastinya mampu memberi cabaran.

Mesyuarat bagi cabutan undi untuk lapan pasukan yang layak ke pusingan akhir piala tersebut dijangka diadakan di pejabat Safa di sini pada 29 Oktober ini.

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN pemain pasukan Kota Kinabalu ketika menentang pasukan Kota Belud.
BARISAN pemain pasukan Kota Kinabalu ketika menentang pasukan Kota Belud.
 ??  ?? JURULATIH Roslan Wasli memberi penerangan ringkas kepada para pemain sambil diperhatik­an pengurus pasukan, Lokman Sunggim (kiri).
JURULATIH Roslan Wasli memberi penerangan ringkas kepada para pemain sambil diperhatik­an pengurus pasukan, Lokman Sunggim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia