Utusan Borneo (Sabah)

SFPA komited bantu tangani masalah sosial

- Oleh JOHN TAMBANAN

FALSAFAH ‘perancanga­n keluarga’ adalah hak asasi manusia, asas dan elemen penting dalam tanggungja­wab ibu bapa, kehidupan keluarga yang stabil dan sumbangan positif terhadap keharmonia­n sosial dan pembanguna­n negara.

Falsafah ini telah membawa sekumpulan sukarelawa­n dari Persatuan Perancang Keluarga Sabah (SFPA) mendadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah di pejabatnya.

Naib Presiden SFPA Chin Hock Yin berkata, kunjungan itu diadakan sempena ulang tahun ke50 persatuan itu yang akan diadakan pada 4 November depan di Grand Ballroom Magellen Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.

Menurutnya, Raymond telah merasmikan pembukaan tiga entiti penting iaitu bangunan Persatuan Perancang Keluarga Sabah pada 10 Mei 1997, Pusat Klinik Pemuda di SFPA pada 16 Oktober 1999 dan Pusat Sokongan Kanser Payudara pada 20 Oktober 2001.

“Pada masa itu, Raymond adalah Menteri Kebajikan Negeri Sabah,” katanya.

Pengurus SFPA Negeri Sabah Cecilia Chong berkata persatuan itu memainkan peranan penting dalam menangani masalah sosial seperti kehamilan tidak dirancang yang mengakibat­kan peningkata­n kadar pembuangan nyawa bayi yang tidak berdosa.

Sementara itu, Raymond menyatakan penghargaa­n di atas peranan murni yang dimainkan oleh SPFA dalam mewujudkan perubahan positif dalam kalangan masyarakat, ke arah keharmonia­n sosial dan pembanguna­n negara.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Datuk Margaret Lim, Mary Gan, Margaret Yong, Yapp Pit Keng dan Simon Chin.

 ??  ?? CHIN (tiga dari kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Raymond (enam dari kanan).
CHIN (tiga dari kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Raymond (enam dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia