Utusan Borneo (Sabah)

Bakat komited beri khidmat

Termasuk aspek kebajikan untuk keluarga angkatan tentera

-

DENGAN cogan kata ‘Bersama Berbakti’, Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Angkatan Petugas 450 komited memberi khidmat kebajikan kepada keluarga angkatan itu.

Pengerusin­ya Datin Zaubidah Mohd Zaid berkata badan itu yang kini mempunyai 2,580 ahli akan terus memberi khidmat bakti yang terbaik dan tidak berbelah bahagi.

“Badan ini tidak ketinggala­n menyertai segala aktiviti Bakat yang dianjurkan sama ada di peringkat formasi, mahupun di peringkat tertinggi.

“Bakat Angkatan 450 juga sedaya upaya cuba memberi yang terbaik demi mencapai objektif yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan.

“Malah, kami akan bekerjasam­a dan memberi sokongan kepada aktiviti anjuran Kerajaan Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sejambak Budi yang diserikan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni, di Kem Lok Kawi, petang Ahad.

Zaubidah turut menjelaska­n Bakat Petugas 450 baru sahaja menjangkau usia tiga tahun yang bermula sejak penubuhan Angkatan Petugas 450 pada 27 Mac 2014, rentetan peristiwa penceroboh­an Lahad Datu.

Markas Angkatan Petugas Khas 450 ditubuhkan secara rasminya dan diletakkan di bawah naungan pemerintah­an Medan Timur.

“Di bawah organisasi ini, kini terdapat dua Bakat Formasi Briged iaitu Bakat 5 Briged yang berpangkal­an di Kem Lok Kawi dan Bakat 13 Briged Esscom yang berpangkal­an di Lahad Datu,” katanya.

Majlis itu menghimpun­kan ahli Bakat dari pasukanpas­ukan yang berada di Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Belud dan Wilayah Persekutua­n Labuan.

Hadir sama, Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi Bakat Darat Datin Noraihan Ibrahim, Pengerusi Bakat 5 Briged Datin Siti Rosma Jalina Abdul Rahman dan Pengerusi Bakat 12 Briged Esscom Rosmina Md Rodzi.

“Badan ini tidak ketinggala­n menyertai segala aktiviti Bakat yang dianjurkan sama ada di peringkat formasi, mahupun di peringkat tertinggi. DATIN ZAUBIDAH MOHD ZAID

Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) Angkatan Petugas 450

 ??  ?? ZAUBIDAH (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Norlidah (tengah).
ZAUBIDAH (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Norlidah (tengah).
 ??  ?? NORLIDAH (kanan) melihat gubahan pokok bunga yang dihasilkan oleh ahli Bakat Petugas 450.
NORLIDAH (kanan) melihat gubahan pokok bunga yang dihasilkan oleh ahli Bakat Petugas 450.
 ??  ?? NORLIDAH (dua dari kanan) melihat alas meja yang dihasilkan para ahli Bakat Angkatan Petugas 450.
NORLIDAH (dua dari kanan) melihat alas meja yang dihasilkan para ahli Bakat Angkatan Petugas 450.
 ??  ?? ZAUBIDAH (kiri) mengiringi Norlidah yang bersalaman dengan ahli Bakat sejurus tiba di dewan.
ZAUBIDAH (kiri) mengiringi Norlidah yang bersalaman dengan ahli Bakat sejurus tiba di dewan.
 ??  ??
 ??  ?? NORLIDAH (dua dari kanan) bersama Zaubidah (tiga dari kanan) turut menyaksika­n demonstras­i membuat sejenis kuih.
NORLIDAH (dua dari kanan) bersama Zaubidah (tiga dari kanan) turut menyaksika­n demonstras­i membuat sejenis kuih.
 ??  ?? NORLIDAH (tengah) ketika duduk di meja utama. (gambar kanan) Zaubidah (dua dari kiri) mengiringi Norlidah (tiga dari kiri) ketika melihat demonstras­i membuat kuih penjeram.
NORLIDAH (tengah) ketika duduk di meja utama. (gambar kanan) Zaubidah (dua dari kiri) mengiringi Norlidah (tiga dari kiri) ketika melihat demonstras­i membuat kuih penjeram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia