Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin masyarakat perlu proaktif

-

PENGERUSI Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan ketua kampung diminta supaya mengambil langkah lebih proaktif untuk memantau rakyat di kawasan perkampung­an masing-masing.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, kehidupan masyarakat sememangny­a tidak dapat dijangka di mana mereka mungkin ditimpa kesusahan atas beberapa faktor kehidupan yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

“Kita menggesa kepada pengerusi JKKK dan pemimpin masyarakat lain supaya sentiasa memantau masyarakat yang berada di kawasan masing-masing.

“Mungkin ada dalam kalangan mereka yang sudah menerima bantuan sebelum ini. Ia perlu ditingkatk­an atas sebabsebab tertentu yang munasabah dari sudut kesihatan atau masalah lain yang menghimpit kehidupan mereka.

“Kehidupan rakyat ini progresif, sentiasa berubah dan mungkin ada kalanya mereka mengalami kesusahan,” katanya selepas melawat Ketua Kampung Kuala Merotai Sandung Kumut yang baru sihat selepas menjalani pembedahan mata kerana rabun penglihata­n, di Kuala Merotai, Tawau.

Hamisa yang Adun Tanjung Batu menggesa pengerusi JKKK dan ketua kampung supaya membantu kerajaan meneruskan rancangan pembanguna­n.

Jelasnya golongan pemimpin itu perlu membantu menyelesai­kan pertikaian dan masalah rakyat di kawasan masingmasi­ng.

“Pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi adalah mata dan telinga kerajaan yang harus memainkan peranan seperti yang diamanahka­n kepada mereka, selain menjadi penghubung kerajaan dan rakyat.

“Jadi, pemimpin akar umbi ini perlu lebih agresif dan berganding bahu mendekati rakyat bagi membela nasib mereka,” katanya.

Menurut beliau, jika mekanisme yang ditubuhkan kerajaan di peringkat JKKK atau parti tidak memberi kerjasama, ia akan menyukarka­n tugas wakil rakyat menghulurk­an bantuan di kawasan masingmasi­ng.

Tambahnya, kerjasama serta persefaham­an antara pemimpin dan akar umbi memudahkan tugas wakil rakyat menyelesai­kan segala bentuk permasalah­an penduduk.

Terdahulu, Hamisa merasmikan Kumpulan Selawat Khairunisa Cawangan Felda Umas Tawau dan Majlis Khatam Al-Quran anjuran Jawatankua­sa Tadbir Masjid Al Mukarramah Kg Tg Batu Keramat.

 ??  ?? HAMISA (kiri) melawat Sandung (dua kiri) yang baru sihat selepas menjalani pembedahan mata di Kuala Merotai.
HAMISA (kiri) melawat Sandung (dua kiri) yang baru sihat selepas menjalani pembedahan mata di Kuala Merotai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia