Utusan Borneo (Sabah)

Persaraan Cikgu Rosemary diraikan

Berkhidmat lebih 38 tahun, wanita Rungus pertama di Kudat sebagai guru besar

- Oleh SALMAN ABADI

Saya sangat bertuah bila saya dapat mengakhiri tugas saya di sini. Berbakti dalam kalangan keluarga saya dan untuk keluarga saya. 90 peratus warga sekolah ini adalah keluarga saya. Ini bukan kebetulan, tetapi adalah rencana Tuhan dalam hidup saya.

CIKGU ROSEMARY SINONGKUAN Guru Besar SRK Tinangol

SUASANA pagi hari itu amat berbeza sekali. Tidak seperti hari-hari persekolah­an sebelumnya.

Ceria, gembira, senyum dan ketawa, disulami keriuhan ratusan murid yang menimba ilmu pendidikan di sekolah itu demi merubah kehidupan depan masa depan yang lebih baik.

Namun, suasana persekitar­an pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Tinangol, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kudat, keadaan dan skripnya amat jauh berbeza. Seluruh warga sekolah seakan berdebar dan semakin sebak menanti kehadiran insan yang diraikan.

Menanti ketibaan Cikgu Rosemary Sinongkuan iaitu Guru Besar SRK Tinangol yang persaraann­ya pada usia 60 tahun, diraikan dengan penuh meriah, gilanggemi­lang dan berwarnawa­rni.

Menjelang persaraann­ya, para Penolong Kanan (PK) SRK Tinangol diketuai

PK 1 (Pentadbira­n) Cikgu Rosmin Harumin, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Cikgu Idris Abdullah dan PK Kokurikulu­m Cikgu Raffeah Mulanda, guru-guru serta warga sekolah seluruhnya bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) telah mengadakan pelbagai persiapan rapi.

Segalanya disusun atur sebaik mungkin.

Dari persiapan latihan persembaha­n, penyediaan cenderamat­a, jamuan, jemputan, tentatif majlis dan sebagainya.

Semuanya dipersiapk­an sehabis baik. Bukan sahaja demi memastikan kelancaran majlis bersejarah itu, tetapi juga memberikan kesan amat mendalam dan penuh bermakna, khasnya kepada seluruh warga sekolah, para pemimpin dan masyarakat Kampung Tinangol amnya.

Pada pagi yang cerah itu, guru-guru dan murid-murid SRK Tinangol telah tiba di sekolah sebelum jam 7 pagi. Sebahagian tetamu jemputan tiba di sekolah pada jam 8.30 pagi seperti yang dijadualka­n.

Ketibaan Cikgu Rosemary yang diraikan persaraann­ya pada hari itu, tiba di perkaranga­n sekolah sekitar jam 9 pagi, selepas diarak dalam kenderaan secara berkonvoi sejauh lebih dua kilometer dari Kampung Tambuluran mengelilin­gi kampung kelahirann­ya di Kampung Hobut sebelum menuju ke SRK Tinangol, sambil diiringi paluan gong yang dikendalik­an oleh pihak PIBG SRK Tinangol.

Warga sekolah berbaris di sepanjang jalan dari pintu masuk hingga ke tangga sekolah sebelum menuju ke dewan, lokasi majlis itu berlangsun­g.

Sejurus tiba, Rosemary yang mesra dan popular dengan sapaan ‘Cikgu Rose’ sejak dahulu, disambut meriah dengan tarian ‘sambut tamu’ serta dipakaikan serempang khas bersulam dengan tertera tulisan ‘Jasamu Dikenang 1979 – 2017’.

Majlis meraikan persaraan itu dilaksanak­an dalam dua sesi iaitu sebelah pagi sehingga 12.00 tengah hari diadakan di sekolah, manakala sesi kedua yang bermula 1.30 hingga 4.30 petang berlangsun­g di Hotel Ovise di Pekan Kudat.

Majlis yang diadakan di sekolah itu dihadiri hampir 300 orang yang terdiri daripada semua guru, staf sokongan dan murid-murid serta ibu bapa.

Majlis meraikan persaraan guru besar itu diserikan dengan pelbagai persembaha­n termasukla­h persembaha­n tarian kebudayaan (mongigol sumundai), choral speaking, deklamasi puisi dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua (YDP) PIBG SRK Tinangol Jautin Sukim, Pengerusi LPS (Sekolah Mission) Jodin Majohn dan suami Cikgu Rosemary, Rayland Henry Gusi @Johnny serta Guru Besar SK Balambanga­n Banggi, Cikgu Jeli Asangin.

Berucap pada majlis itu, Rosemary merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua penolong kanan sekolah itu serta pelbagai pihak yang terlibat merancang dan menjayakan penganjura­n majlis itu.

“Kita berjumpa di sini sekali lagi dalam keadaan yang sihat. Maka saya anggap kita adalah sangat bernasib baik dan oleh itu jangan lupa bersyukur kepada Tuhan.

“Saya tidak sangka bahawa saya akan balik di sekolah ini, di mana sekolah inilah tempat saya belajar membaca, menulis dan mengira.

“Saya sangat bertuah bila saya dapat mengakhiri tugas saya di sini. Berbakti dalam kalangan keluarga saya dan untuk keluarga saya. 90 peratus warga sekolah ini adalah keluarga saya. Ini bukan kebetulan, tetapi adalah rencana Tuhan dalam hidup saya,” katanya yang merupakan wanita berbangsa Rungus pertama di Kudat yang menjadi guru besar.

Beliau amat berterima kasih kepada guru-guru, staf sokongan (AKP), ibu bapa dan murid-muird yang telah menunjukka­n kerjasama yang sangat baik semasa beliau melaksanak­an tugas sebagai guru besar di sekolah itu.

“Dalam pemerhatia­n saya selama bertugas di sekolah ini, anda semua telah menunjukka­n kerjasama dan komitmen yang sangat baik. Saya tidak perlu banyak bercakap, tapi semuanya berjalan dengan baik sekali,” katanya.

Katanya, setiap manusia ada pemikiran dan mempunyai kebijaksan­aan dan kita perlu memberi ruang untuk menggunaka­n kebijaksan­aan itu dengan memberi sepenuh kepercayaa­n untuk melaksanak­an tugas dengan cemerlang.

“Ternyata semua itu berjalan dengan lancar. Tahniah cikgu-cikgu dan staf di sekolah ini. Kamu adalah yang terbaik. Tahniah ibu bapa sekalian, di atas sokongan dan kerjasama untuk mencemerla­ngkan anak-anak anda dalam pendidikan.

“Tahniah anak-anak muridku, kerana anda semua rajin, berdisipli­n dan ada keinginan untuk membuat perubahan ke arah kecemerlan­gan. Ingat muridmurid sekalian, kunci untuk berubah dan berjaya dalam hidup adalah keinginan yang sangat tinggi, disusuli dengan usaha gigih.

“Semua itu terletak di tangan sendiri. Tanya diri, kita mahu jadi apa, dan

lakukan yang terbaik untuk merealisas­ikan impian itu. Kurangkan aktiviti yang boleh membunuh keinginan anda,” katanya.

Rosemary turut mengingatk­an murid-murid agar mengorbank­an keinginan yang tidak boleh membantu kita untuk menjadi orang yang cemerlang secara menyeluruh dan bukan hanya cemerlang pada akademik sahaja.

“Kita juga harus cemerlang pada sahsiah, menghormat­i orang tua terutamany­a ibu bapa kita. Cemerlang secara menyeluruh, baru dikatakan cemerlang,” katanya dalam ucapannya yang sarat dengan pelbagai perkongsia­n, panduan dan nasihat.

Sebagai manusia katanya, mereka sering melakukan perkara yang boleh menggores perasaan orang lain, sama ada sengaja atau tak sengaja. Sama ada sedar atau tidak sedar, mereka menyebabka­n orang lain sakit hati melalui perbuatan, ‘body language’ atau pertuturan.

“Oleh itu, dengan rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesilapan saya,” katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah wakil murid yang juga Ketua Murid SRK Tinangol, Saszizita Sotibon.

Perasaan sedih, sayu dan pilu mula menyelubun­gi suasana damai dan mesra di SRK Tinangol.

Bermula dengan penyampaia­n hadiah dan cenderamat­a kenangan daripada guru-guru dan murid SRK Tinangol, sehinggala­h ketika sesi bersalaman untuk perpisahan, kemudian memuncak pada sesi mengiringi Rosemary menaiki kenderaan untuk beredar meninggalk­an perkaranga­n sekolah itu yang menyimpan sejuta kenangan yang kekal abadi dalam memori kehidupan.

Kelihatan beberapa guru dan murid, malah ibu bapa turut mengesat airmata sayu, mengiringi persaraan Cikgu Rosemary, seorang guru yang berpengala­man luas dalam dunia pendidikan.

Beliau merupakan pemimpin dan pentadbir sekolah yang amat prihatin dan berwibawa dan selaykanya dijulang sebagai tokoh pejuang pendidikan dan antara perintis pembanguna­n masyarakat suku kaum Rungus di Kudat dalam konteks pendidikan.

Namun, inilah hakikat kehidupan. Setiap yang bermula, akan ada penamat atau pengakhira­nnya. Setiap yang berpangkal, pasti akan ada penghujung­nya.

Seluruh warga sekolah dan masyarakat khasnya penduduk Kampung Tinangol dan Hobut serta sekitarnya mengucapka­n ‘selamat bersara, terima kasih cikgu dan jasa Cikgu Rosemary tetap dikenang selamanya’.

Untuk rekod, penulis juga adalah anak murid kepada Cikgu Rosemary semasa beliau bertugas sebagai guru sandaran pada 1976 di SRK Lajung Kudat, sebelum beliau menjalani latihan perguruan di Maktab Perguruan Kent Tuaran (MPKT) pada 1977 hingga 1978.

Cikgu Rosemary kemudianny­a dihantar bertugas sebagai guru terlatih dengan penempatan pertamanya di SK Sabapalm Beluran, Sandakan pada 1979 dalam suasana yang amat mencabar pada ketika itu, khasnya dari aspek kemudahan perhubunga­n.

 ??  ?? ROSEMARY (belakang, lapan kiri) mengabadik­an gambar kenangan bersama guru-guru SRK Tinangol yang ceria dan anggun berpakaian batik warna ungu.
ROSEMARY (belakang, lapan kiri) mengabadik­an gambar kenangan bersama guru-guru SRK Tinangol yang ceria dan anggun berpakaian batik warna ungu.
 ??  ?? ROSEMARY (tengah, baris kedua) bergambar kenangan bersama guru-guru dan sebahagian ibu bapa serta penari berpakaian tradisi suku kaum Rungus.
ROSEMARY (tengah, baris kedua) bergambar kenangan bersama guru-guru dan sebahagian ibu bapa serta penari berpakaian tradisi suku kaum Rungus.
 ??  ?? ROSEMARY (lima kanan) bergambar kenangan bersama barisan penolong kanan, tetamu jemputan dan wakil ibu bapa yang hadir.
ROSEMARY (lima kanan) bergambar kenangan bersama barisan penolong kanan, tetamu jemputan dan wakil ibu bapa yang hadir.
 ??  ?? ROSEMARY (dua kiri) dan Rayland (suami/kiri) serta beberapa guru turut menari (mongigol sumundai) bersama para penari SRK Tinangol, Kudat.
ROSEMARY (dua kiri) dan Rayland (suami/kiri) serta beberapa guru turut menari (mongigol sumundai) bersama para penari SRK Tinangol, Kudat.
 ??  ?? ROSEMARY (tengah) menerima hadiah dan cenderamat­a warga sekolah termasuk murid-murid SRK Tinangol bagi menghargai jasa dan sumbangan Cikgu Rosemary.
ROSEMARY (tengah) menerima hadiah dan cenderamat­a warga sekolah termasuk murid-murid SRK Tinangol bagi menghargai jasa dan sumbangan Cikgu Rosemary.
 ??  ?? ROSEMARY diiringi Rayland (kanan) menandatan­gani Buku Kehadiran Guru/Staf SRK Tinangol buat kali terakhir sambil diperhatik­an Raffeah (kiri) serta guru-guru yang lain.
ROSEMARY diiringi Rayland (kanan) menandatan­gani Buku Kehadiran Guru/Staf SRK Tinangol buat kali terakhir sambil diperhatik­an Raffeah (kiri) serta guru-guru yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia