Utusan Borneo (Sabah)

Gadis nyaris dibaham jerung

-

SYDNEY: Seorang remaja Australia terselamat selepas kejadian menakutkan dengan seekor jerung putih besar, apabila jeritan ketakutann­ya mengejutka­n ayahnya yang menyangka anaknya telah dibaham ikan terbabit.

Sarah Williams, 15, sedang menangkap sotong dengan menaiki kayak di luar pantai Australia Selatan berhampira­n Normanvill­e kelmarin ketika jerung itu menyerang.

Ayahnya Chris, dalam bot kecil berhampira­n bersama anak lelaki dan seorang lagi anak perempuann­ya, menyatakan anaknya terlontar ke udara lalu jatuh ke dalam air.

“Jerung itu berpusing dan apa yang saya lihat adalah bahagian yang gelap dan bahagian perut putih serta sirip yang besar dan air putih di semua tempat,” beliau memberitah­u pihak Australian Broadcasti­ng Corporatio­n.

Beliau menyatakan ikan itu mengelilin­gi dan melanggarn­ya beberapa kali ketika beliau bergegas untuk membantu anaknya, sebelum anak lelakinya Mitchell menariknya kembali ke dalam bot mereka.

“Jeritan yang sangat kuat itu, bukan sahaja didengari oleh saya tapi termasuk anak lelaki dan anak perempuan sulung saya, merupakan sesuatu yang kamu tidak dapat bayangkan,” tambah Williams sebak kepada Nine Network.

“Sepanjang malam kami seperti duduk dan berkata, ‘bagaimana kami dapat keluar dari keadaan ini hiduphidup?’”

Jerung disyaki jerung putih besar itu dan dianggarka­n sama panjang dengan kayak, kira-kira 4.5 meter, kemudian mengawasi bot mereka selama 10 minit ketika mereka menuju ke kawasan selamat.

Gadis tersebut, yang terselamat dengan mengalami luka ringan dan lebam, menyatakan kejadian itu amat mengerikan.

“Saya melihat ia ketika saya berada di dalam air dengannya. Saya melihat apakah benda tersebut dan saya melihat siripnya,” beliau memberitah­u Nine.

Pihak polis menyatakan Skuadron Penyelamat Laut kini meronda kawasan tersebut, kira-kira 75 kilometer di selatan Adelaide.

Kejadian menakutkan itu berlaku hanya beberapa hari selepas seorang penyelam terselamat selepas terpaksa berenang sejauh lima batu ke tepi pantai diburu jerung harimau besar selepas terpisah dari botnya di Australia Barat.

John Craig memberitah­u wartawan kelmarin: “Saya memikirkan inilah masanya, beginilah saya akan mati.”

Terdapat lebih 12 insiden melibatkan jerung di luar garis pantai luas di Australia tahun ini, termasuk kematian gadis berusia 17 tahun yang dibaham di hadapan ibu bapanya di Australia Barat.

Serangan meningkat ketika sukan air semakin popular namun kematian masih jarang berlaku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia