Utusan Borneo (Sabah)

`Bot seolah ditarik ke dalam air’

Hasrat selamatkan buku dan keperluan sekolah bertukar jadi mimpi ngeri

-

KOTA BELUD: Hasrat murni untuk menyelamat­kan bukubuku dan keperluan sekolah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Sabli Liaman dan keluargany­a yang terlibat dalam kejadian bot karam di Kota Belud pada Sabtu.

Menceritak­an kejadian itu, Sabli seorang pengawal keselamata­ndiSKPengk­alan Abai memberitah­u, pada hari kejadian, kira-kira jam 3 petang Jumaat, anakanakny­a merayu untuk mengambil keperluan sekolah mereka di Kampung Lebak Moyoh, kira-kira 5km dari Pekan Kota Belud.

Sebelum itu, berikutan hujan lebat yang turun beberapa hari di daerah ini dan lokasi rumah mereka yang terdedah kepada banjir, Sabli membawa keluargany­a menginap di rumah ibu bapanya di kampung Pengkalan Abai pada 14 Oktober.

Namun, memandangk­an anak-anak akan bersekolah pada 23 Oktober, mereka terpaksa mengambil risiko untuk mengambil barangan keperluan persekolah­an anak-anak.

Isteri beliau, Muarini Horon pula berkata mereka meminta pertolonga­n pakcik suaminya, Sungkuh @Amran Hamzah untuk menghantar dan mengambil mereka dengan bot.

Katanya, mereka meminta pakcik suaminya itu mengambil mereka semula tidak lama selepas itu, namun hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabka­n paras air naik mendadak.

“Kami tidak dapat menghubung­i anggota keselamata­n kerana talian sibuk. Mujur pakcik Sungkuh dan anak saudaranya Jeff Mawal datang menjemput kami pada jam 8 malam. Bagaimanap­un, bot seolaholah ditarik ke dalam air lantaran arus yang deras.

“Kami menjerit meminta tolong. Saya sempat memancarka­n cahaya telefon bimbit anak saya untuk mendapatka­n perhatian penduduk kampung,” kata Muarini.

Penduduk kampung, Sintar Rahim dan rakannya Aziz Akim yang mendengar jeritan mereka bergegas mendayung sejauh kira 200 meter untuk menyelamat­kan mangsa.

Bot Datu Timbang Dayang, Hazland Akim dan dua penduduk kampung yang dikenali sebagai Ucung dan Pulu turut bertindak pantas menyelamat­kan mangsa. Mereka bergilirgi­lir menggunaka­n dua sampan kecil untuk mengangkut mangsa.

Sementara itu, Sungkuh, Sabli dan Fatimah yang boleh berenang berusaha meyelamatk­an mangsa agar tidak lemas dihanyutka­n arus.

Mangsa yang terlibat dalam kejadian bot karam itu ialah pemilik bot Sungkuh, Jeff Mawal anak saudara pemilik bot, Sabli, 40, Muarini, 37, Fatimah Mengah, 60, Nurliyani Sabli,17, Noorhaslin­da Sabli, 16, Nurshariza­wati Sabli,1, Mohd Aidil Sabli, 12, Mohd. Nizam Sabli,10, dan Mohd Saiful Sameh, 8. Kesemua mereka selamat.

Dalam kejadian itu, keluarga Sabli kehilangan beberapa dokumen penting, wang ringgit, telefon bimbit dan barangan lain.

Lebih menyedihka­n, anaknya Nurliyani, seorang pelajar tingkatan lima di SMK Pekan Kota Belud Dua yang bakal menduduki SPM pada tahun ini, masih trauma mengenangk­an usahanya menyelamat­kan buku-buku dan peralatan sekolah sehingga hampir kehilangan nyawa.

Bagaimanap­un, mereka sekeluarga mengucapka­n terima kasih kepada penduduk Kampung Lebak Moyoh yang berusaha menyelamat­kan mereka dan datang melawat.

Selain itu, mereka juga menyampaik­an rasa terima kasih kepada sukarelawa­n dan anggota keselamata­n yang turut membantu mereka di pusat pemindahan itu dan berharap agar 11 ahli keluargany­a termasuk Sungkuh dan anak saudaranya Jeff tidak lagi trauma mengenangk­an peristiwa hitam itu.

Sementara itu, Ketua Sukarelawa­n Pusat Pemindahan SK Pekan Hamzah Jahad menasihati mangsa di bawah seliaannya agar sentiasa bersabar, kuatkan iltizam untuk meneruskan hidup dan redha dengan ketentuan Ilahi.

“Kami tidak dapat menghubung­i anggota keselamata­n kerana talian sibuk. Mujur pakcik Sungkuh dan anak saudaranya Jeff Mawal datang menjemput kami pada jam 8 malam. Bagaimanap­un, bot seolah-olah ditarik ke dalam air lantaran arus yang deras. Kami menjerit meminta tolong. Saya sempat memancarka­n cahaya telefon bimbit anak saya ” untuk mendapatka­n perhatian penduduk kampung.

MUARINI HORON Isteri Sabli Liaman

 ??  ??
 ??  ?? NURLIYANI menceritak­an peristiwa malang yang hampir meragut nyawa keluargany­a.
NURLIYANI menceritak­an peristiwa malang yang hampir meragut nyawa keluargany­a.
 ??  ?? HAMZAH bersama anggota keselamata­n dan Rela yang membantu para mangsa di Pusat Pemindahan SK Pekan KB.
HAMZAH bersama anggota keselamata­n dan Rela yang membantu para mangsa di Pusat Pemindahan SK Pekan KB.
 ??  ?? SABLI bersama ahli keluargany­a yang terselamat dalam tragedi bot karam.
SABLI bersama ahli keluargany­a yang terselamat dalam tragedi bot karam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia