Utusan Borneo (Sabah)

Ratu Eko Sabah platform terap nilai murni kitar semula

Platform terap nilai murni aktiviti kitar semula

- Oleh ALFRED PETRUS

RATU Eko Sabah mampu menjadi platform untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada peserta dan masyarakat melalui aktiviti kitar semula.

Isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang juga bertanggun­gjawab ke atas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datin Mary Yong berkata pertanding­an itu boleh memberikan pendedahan kepada peserta dan masyarakat mengenai kepentinga­n serta cara untuk mengitar semula.

“Pertanding­an

Ratu Eko Sabah ini amat signifikan sekali kerana ia bukan sahaja bertujuan mengisi kalendar acara Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sabah tetapi ia sudah tentu akan meningkatk­an kesedaran peserta dan masyarakat pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar kita.

“Ratu Eko Sabah juga boleh menjadi platform untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada masyarakat berkenaan aktiviti kitar semula,” katanya ketika berucap merasmikan pertanding­an Ratu Eko Sabah di Kota Kinabalu pada Ahad.

Jelasnya, pertanding­an Ratu Eko Sabah itu bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 dengan menampilka­n 15 peserta yang memperagak­an rekaan baju diperbuat daripada bahan terpakai serta dikitar semula menjadi busana para peserta.

Mary berharap melalui

Pertanding­an Ratu Eko Sabah ini amat signifikan sekali kerana ia bukan sahaja bertujuan mengisi kalendar acara Hari Alam Sekitar Negara Peringkat Negeri Sabah tetapi ia sudah tentu akan meningkatk­an kesedaran peserta dan masyarakat pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar kita.”

DATIN MARY YONG, Isteri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

pertanding­an itu, para peserta akan menjadi ikon atau duta kepada keluarga dan masyarakat berkenaan kebaikan kitar semula.

“Mengitar semula bahan terpakai bermakna kita menjimatka­n sumber alam dan tenaga yang diperlukan untuk menghasilk­an bahan yang baharu.

“Melalui kitar semula, kita juga menambah tempoh jangka hayat penggunaan tapak pelupusan sampah dan mengurangk­an jumlah sampah yang dijana serta dibuang di tapak pelupusan.

“Pertanding­an ini amat besar peranannya dalam kita melihat sampah sebagai sumber baharu yang boleh dijadikan fesyen dan diperagaka­n dalam pertanding­an seumpama ini,” katanya.

Selain itu jelasnya, pertanding­an berkenaan juga adalah sebagai sokongan kepada DBKK mencapai visinya menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang

bersih, hijau dan berdaya huni.

Pada pertanding­an itu, Samantha Sharon Laujang, 23, mewakili Penampang dinobatkan sebagai Ratu Eko Sabah pertama dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000.

Tempat kedua disandang oleh Marvena Jitol, 22, dengan hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan Nurul Sabarina @Ziana, 21, tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM1,500.

Johan, naib johan dan tempat ketiga juga menerima mahkota, trofi, selempang, bunga dan sijil penyertaan.

Pertanding­an Kostum Eko Terbaik juga dimenangi oleh Samantha dengan membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi dan sijil.

Peserta paling popular pula dimenangi peserta yang mewakili Penampang iaitu Jane Diana Jambrih, 21, dengan hadiah wang tunai RM600, trofi, selempang dan jambangan bunga.

 ??  ??
 ??  ?? MARY (kiri) memakaikan mahkota Ratu Eko Sabah pertama kepada Samantha.
MARY (kiri) memakaikan mahkota Ratu Eko Sabah pertama kepada Samantha.
 ??  ?? SAMANTHA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Marvena (kanan) dan Nurul (kiri).
SAMANTHA (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Marvena (kanan) dan Nurul (kiri).
 ??  ?? JANEmemper­agakanbusa­nadiperbua­t daripada bahan kitar semula.
JANEmemper­agakanbusa­nadiperbua­t daripada bahan kitar semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia