Utusan Borneo (Sabah)

LKIM lafaz IBR mantapkan pelaksanaa­n tugas

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah pada Selasa melafaz ikrar bebas rasuah (IBR) sebagai langkah untuk memantapka­n tanggungja­wab dalam melaksanak­an tugas dan menghindar­i rasuah serta penyalahgu­naan kuasa.

Pengarahny­a Mohd Jamil Abdullah mengetuai 98 kakitangan dalam ikrar itu, menyertai sembilan negeri lain di seluruh negara sejak ibu pejabat LKIM mengambil langkah yang sama pada Ogos tahun ini.

Beliau berkata ikrar itu bukan sahaja untuk memastikan integriti dan ketelusan dalaman, tetapi juga untuk menghantar mesej kepada orang lain untuk tidak mencetuska­n rasuah.

“Penguatkua­saan ikrar ini adalah sejajar dengan peranan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta SPRM 2009, iaitu untuk mendidik orang ramai memerangi rasuah dan menjaga sokongan mereka terhadap perkara itu,” katanya ketika berucap pada majlis ikrar berkenaan.

Beliau berkata sejak penubuhan LKIM pada Mac 2014, Unit Integriti lembaga itu di Sabah telah menjalanka­n 75 program pengukuhan integriti sehingga September tahun ini.

Katanya, penubuhan Unit Integriti itu menunjukka­n komitmen LKIM dalam menyokong inisiatif SPRM memerangi rasuah.

Jamil berkata pengurusan LKIM sedang merangka pelan Pengurusan Risiko Rasuah untuk membentuk sistem pengurusan yang menegakkan nilai integriti dan anti rasuah.

Majlis IBR berkenaan disaksikan oleh Timbalan Pengarah SPRM Sabah Zulkefle Abd Hamid.

 ??  ?? KAKITANGAN LKIM Sabah melafazkan IBR di majlis itu.
KAKITANGAN LKIM Sabah melafazkan IBR di majlis itu.
 ??  ?? JAMIL (kanan) dan Zulkefle selepas menandatan­gani IBR.
JAMIL (kanan) dan Zulkefle selepas menandatan­gani IBR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia