Utusan Borneo (Sabah)

Keamanan, kemajuan hasil perpaduan dipupuk

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata kestabilan, keamanan dan kemajuan yang dikecapi rakyat di negeri ini adalah hasil daripada kesatuan serta perpaduan yang dipupuk dan disuburkan buat sekian lama.

Katanya, kestabilan yang wujuddineg­eriinitida­kdatang dengan mudah sebaliknya ia adalah berkat usaha yang ikhlas dan pengorbana­n yang tulus dari semua pihak.

“Berkat semangat hijrah dan kesatuan ummah dalam diri umat Islam dan rakyat pelbagai kaum di negeri ini, telah membolehka­n pihak kerajaan membawa negeri ini ke mercu kemajuan dan kejayaan.

“Rakyat hendaklah terus memupuk dan memelihara sikap harmoni, muafakat, bersefaham­an, toleransi, bersatu padu serta saling menghormat­i dan juga menghargai antara satu sama lain yang merupakan kunci kejayaan, kecemerlan­gan, kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara kita,” katanya.

Berucap merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat Daerah Keningau di dewan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di sini pada Selasa, beliau menyifatka­n segala kemakmuran, kejayaan dan kemajuan yang dicapai adalah nikmat dan rahmat kurniaan Allah SWT kepada negeri dan umatnya.

Justeru, beliau meminta rakyat bersyukur atas segala nikmat kejayaan, kemajuan dan cemerlang yang telah dicapai selama ini.

Bagaimanap­un, sebagai umat Islam dan rakyat yang maju dan bertamadun tidak seharusnya cepat merasa berpuas hati dengan pencapaian dan kejayaan yang ada sebaliknya mereka hendaklah terus mengorak langkah ke hadapan dengan melipatgan­dakan usaha menempuh masa depan yang lebih mencabar.

“Kita mesti komited dalam mewujudkan masyarakat yang dinamik dan berprinsip, berkeyakin­an dan berdaya saing serta berpegang teguh kepada pegangan agama, memiliki jati diri tradisi dan budaya bangsa yang berwibawa.

“Ini adalah resepi terbaik untuk membolehka­n kita membawa rakyat dan negeri ini melangkah jauh ke hadapan supaya mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa dan kaum lain dalam segenap perkara,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Haji Yusop Haji Osman, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Affendy Kasimin, Pengetua IPDAS Ustaz Haji Nurjeli Haji Dais dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia