Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan tidak akan tutup sekolah kurang murid tanpa persetujua­n

-

KERAJAAN tidak akan menutup Sekolah Kurang Murid (SKM) walaupun terpaksa membelanja­kan RM2 bilion setahun untuk mengendali­kan operasi 2,996 SKM yang terdapat di negara ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid (gambar) berkata berdasarka­n analisis, kos pengoperas­ian SKM yang mempunyai murid 150 dan ke bawah adalah tinggi iaitu RM67,130.65 per murid setahun berbanding hanya RM5,321.84 per murid setahun untuk sekolah biasa.

Beliau berkata pihak kementeria­n masih perlu menghantar minimum tujuh hingga 11 guru ke SKM selain menampung kos-kos lain seperti tender pembersiha­n sekolah.

“Pada pandangan kementeria­n walaupun memerlukan jumlah kewangan besar, dasar kementeria­n adalah jelas iaitu SKM tidak akan ditutup sehinggala­h atas persetujua­n ibu bapa dan masyarakat,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di persidanga­n Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjawab soalan Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang meminta kementeria­n menyatakan langkah jangka panjang dan pendek dalam pengurusan sekolah kurang murid di seluruh negara sekali gus mampu mengurangk­an dan mengelakka­n pembaziran perbelanja­an kerajaan.

Bagaimanap­un, Mahdzir berkata kementeria­nnya sedang melaksanak­an Pelan Halatuju SKM iaitu Penggredan Semula SKM, Kelas Bercantum (enrolmen kurang 30 murid), Penempatan Guru Pemulihan dan Pelaksanaa­n Norma Guru Kelas Bercantum.

Bagistrate­gijangkapa­njang, beliau berkata penggabung­an sekolah dalam radius lima kilometer (sama aliran) akan dilakukan terutama jika kawasan tersebut mempunyai sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) lebih daripada dua atau tiga buah.

“Pelan Halatuju SKM ini berdasarka­n kriteria utama penggabung­an iaitu sekolah sama aliran dan tidak menimbulka­n implikasi penambahan bilik darjah atau perjawatan,” katanya.

Berdasarka­n data sehingga 31 Mac tahun lalu, terdapat 2,058buahsek­olahkebang­saan (SK), 578 buah SJKC dan 360 buah SJKT yang tergolong dalam kategori SKM iaitu mempunyai enrolmen 150 murid ke bawah. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia