Utusan Borneo (Sabah)

Gunjila juara kategori moden Festival Tari Malaysia 2017

-

KEYAKINAN dan kesungguha­n menjadi tunjang kejayaan kumpulan Gunjila menjuarai Festival Tari Malaysia (FTM) 2017 bagi kategori moden.

Menurut Koreografe­r Kumpulan Gunjila, Achap Lee, sejak awal persiapan mereka telah menunjukka­n semangat perjuangan yang tinggi.

“Mereka tidak pernah kenal erti penat dan putus asa walau sesukar manapun gerak tari yang diberikan.

“Mereka yakin dengan kemampuan dan bakat masing-masing untuk menggalas tanggungja­wab membawa negeri Sabah ke FTM 2017.

“Tanpa mengabaika­n pelajaran, mereka berjaya mengagihka­n masa dengan bijak dan terus mengekalka­n prestasi individu sama ada dalam bidang tarian atau akademik,” katanya.

Achap yang dianugerah­kan koreografe­r terbaik menyatakan kejayaanny­a adalah hasil kehebatan gerak tari yang diterjemah­kan oleh para penari Gunjila.

“Merekalah hero sebenar, saya hanya melakar gerak tapi penarilah yang menghidupk­an koreografi itu,” katanya.

Penghargaa­n juga kepada penaja dan ibu bapa penari yang turut sama memberikan sokongan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN ) Sabah Johan Wahyudin Taib berkata, Gunjila menjadi kebanggaan kerana merupakan kumpulan pertama dari negeri ini yang menjuarai kategori moden dalam FTM.

Katanya, kumpulan itu juga berjaya memenangi anugerah busana terbaik.

“The Flixible Crew yang juga dari Sabah mendapat tempat ketiga bagi kategori moden.

“Kejayaan kedua-dua kumpulan ini membuktika­n Sabah mempunyai bakat yang mampu bersaing di pentas yang lebih tinggi,” katanya.

Gunjila sebelum ini pernah muncul juara Borneo Talent Award di Sibu 2016 dan Most Popular Talent Award.

FTM 2017 berlangsun­g pada 20-21 Oktober di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 ??  ??
 ??  ?? ACHAP
ACHAP
 ??  ?? JOHAN
JOHAN
 ??  ?? JOHAN (berdiri, lima dari kiri) merakam kenangan kejuaraan bersama para penari Gunjila.
JOHAN (berdiri, lima dari kiri) merakam kenangan kejuaraan bersama para penari Gunjila.
 ??  ?? PARA penari Gunjila yang memenangi kategori moden FTM 2017.
PARA penari Gunjila yang memenangi kategori moden FTM 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia