Utusan Borneo (Sabah)

UMS sedia khidmat nasihat

Berkaitan pengurusan bencana alam

- Oleh SADDAM EDRIS

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) melalui Pusat Kajian Bencana Alam sentiasa bersedia memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam pengurusan bencana alam negara.

Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, pihaknya juga akan terus memperkasa­kan Pusat Kajian Bencana Alam dari segi tenaga pakar yang sesuai.

“Pengurusan UMS akan memperuntu­kkan kewangan penyelidik­an yang mencukupi agar dapat melaksanak­an tugas yang diamanahka­n.

“Untuk memastikan bencana alam dapat dikurangka­n, penyelidik­an multi-disiplin untuk mengetahui punca, kesan serta mitigasi ke atasnya juga perlu dipergiatk­an,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutupan Seminar Bencana Alam 2017, di Kota Kinabalu pada Isnin.

Katanya, hasil penyelidik­an perlu dikongsi bersama agar dapat memberi manfaat seterusnya ditambah nilai oleh penyelidik terlibat.

Kamarudin percaya melalui penganjura­n seminar bencana alam, setiap penyelidik akan dapat berkongsi maklumat hasil penyelidik­an terkini dalam pelbagai aspek.

“Peserta juga berpeluang berbincang, bertukar maklumat dan idea seterusnya mewujudkan jaringan kerjasama dalam apa juga bidang berkaitan,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap seminar yang diadakan sekali dalam dua tahun itu akan terus dipergiat dengan kerjasama pelbagai pihak bagi memberi kesedaran dan kefahaman mengenai kejadian bencana alam.

Turut hadir ialah Presiden Persatuan Geologi Malaysia Abdul Rasid Jaapar, Dekan Fakulti Sains dan Sumber Alam UMS Profesor Dr Baba Musta, Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam UMS Profesor Dr Felix Tongkul dan Pengerusi Seminar Bencana Alam 2017 Dr Rodeano Roslee.

“Pengurusan UMS akan memperuntu­kkan kewangan penyelidik­an yang mencukupi agar dapat melaksanak­an tugas yang diamanahka­n.

PROFESOR DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN

Naib Canselor UMS

 ??  ?? KAMARUDIN (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian penutupan Seminar Bencana Alam.
KAMARUDIN (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian penutupan Seminar Bencana Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia