Utusan Borneo (Sabah)

Jambori Dunia di Udara, 11,000 ahli pengakap, 2,200 guru terlibat

11,000 ahli pengakap, 2,200 guru terlibat

-

PENGAKAP Labuan telah menyertai Jambori Dunia di Udara (JOTA) Ke-61 dan di Internet (JOTI) Ke-21 yang berlangsun­g secara serentak di seluruh dunia.

Ahli pengakap seluruh dunia berkumpul dan berkomunik­asi dengan menggunaka­n radio amatur dan juga internet di pautan yang disediakan.

Aktiviti itu dapat berjalan dengan lancar dengan bantuan operator Ham dari Borneo Amateur Radio Club (BARC).

Pengurus Stesen Rosni Mohd Daud berkata, penganjura­n oleh Persekutua­n Pengakap Malaysia WP Labuan itu menjadikan jumlah keseluruha­n stesen induk bagi JOTA di Malaysia sebanyak 45.

Katanya, lebih 11,000 ahli pengakap dan 2,200 guru, pengendali radio amatur dan lain-lain petugas di seluruh negara telah melibatkan diri dalam program itu.

Manakala antara pengakap yang berjaya dihubungi di luar negara adalah yang berasal dari rantau Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan, negara-negara Eropah dan Australia.

Rosni berkata, setiap stesen JOTA yang mengambil bahagian mempunyai isyarat pengenalan (call sign) masing-masing seperti isyarat panggilan ‘9M4SJL’ bagi stesen JOTA di WP Labuan.

Stesen JOTA Labuan diketuai oleh Skip Abdul Rahim Marjaya (9M6RHM) dan diuruskan oleh Skip Rosni Mohd Daud (9W6RMD).

“Sambutan daripada ahli dan pemimpin pengakap terhadap program ini sangat menggalakk­an,” katanya.

Seramai 100 ahli pengakap Labuan telah menghadiri program di stesen JOTA Labuan yang diadakan di Labuan Internatio­nal School.

Mereka terdiri daripada ahli pengakap dan pemimpin yang datang dari beberapa pasukan pengakap di sini iaitu dari SMK Labuan, SMK Mutiara, SM Sains Labuan, SM St Anne, SMK Pantai, SKK St Anne, SK Kerupang, SK Pekan Dua dan SK Membedai.

Rosni berkata, dalam program tahunan itu, para peserta didedahkan kepada pelbagai teknik pengendali­an radio amatur termasukla­h tatacara yang digunakan dalam rangkaian antarabang­sa yang merupakan salah satu silibus di dalam skim latihan pengakap.

Pengakap yang hadir juga mempelajar­i sistem komunikasi alternatif termasuk Kod Morse, Kod Fonetik, Kod Q, Semaphore dan Internet.

“Peserta yang berjaya mengikuti program sepenuhnya diberikan sijil dan Lencana Antarabang­sa JOTA. Sijil penghargaa­n turut disampaika­n kepada operator Ham BARC yang bertugas,” katanya.

Majlis perasmian penutupan jambori itu telah disempurna­kan oleh Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman.

Turut hadir isteri beliau Datin Sri Norsiah Abdullah yang juga penaung BP Guild WP Labuan dan Pengetua Labuan Internatio­nal School Zainab Batin.

“Peserta yang berjaya mengikuti program sepenuhnya diberikan sijil dan Lencana Antarabang­sa JOTA. Sijil penghargaa­n turut disampaika­n kepada operator Ham BARC yang bertugas.

ROSNI MOHD DAUD

Pengurus Stesen

 ??  ??
 ??  ?? ROSNI (tengah) mengendali­kan radio pengakap Labuan.
ROSNI (tengah) mengendali­kan radio pengakap Labuan.
 ??  ?? PENGAKAP sekolah rendah menyertai Jambori Dunia di Udara.
PENGAKAP sekolah rendah menyertai Jambori Dunia di Udara.
 ??  ?? MOHD Alias (tengah) bersama pengakap yang menyertai Jambori Dunia di Udara di Labuan Internatio­nal School.
MOHD Alias (tengah) bersama pengakap yang menyertai Jambori Dunia di Udara di Labuan Internatio­nal School.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia