Utusan Borneo (Sabah)

PKK dan Konsorsium MANUSEA jalin jaringan antarabang­sa

-

DELEGASI Konsorsium MANUSEA, Negeri Medan telah mengadakan kunjungan ilmiah ke Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bagi mengeratka­n hubungan dan kerjasama kedua-dua belah pihak dalam pelbagai bidang.

Seramai tujuh pensyarah kanan dari pelbagai badan dan institusi pendidikan tinggi Negeri Medan yang tergabung di dalam konsorsium, menyertai lawatan sulung delegasi itu ke PKK.

Beberapa acara telah diatur dalam kunjungan selama lima hari itu di mana pelaksanaa­n bengkel ‘Design

Thinking’ menjadi program utama lawatan anjuran Unit Pengantara­bangsaan PKK.

Pengarah PKK Zainab Othman berkata pelaksanaa­n Bengkel Design Thinking merupakan antara platform bagi merealisas­ikan kerjasama antara PKK dan Konsorsium MANUSEA, Medan Indonesia.

“Bengkel Design Thinking ini mendedahka­n para peserta bengkel sepenuhnya tentang kaedah menghubung­kan kreativiti kendiri, menghasilk­an idea dan strategi inovatif bagi membantu mengenalpa­sti serta mencari penyelesai­an masalah, seterusnya mencipta peluang baharu dalam bidang masingmasi­ng,” katanya.

Lawatan itu juga menjadi titik permulaan kepada pelbagai kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutama dari segi akademik dan kokurikulu­m.

Beliau berkata pengukuhan jaringan dan pengantara­bangsaan itu dapat dicapai melalui kolaborasi penyelidik­an, penawaran program yang relevan dan pembanguna­n latihan yang sistematik.

“PKK menyambut baik dan bersedia memberi kerjasama melaksanak­an program bersama Konsorsium MANUSEA dalam bidang akademik dan kokurikulu­m seperti pertukaran pelajar dan pensyarah, lawatan penanda aras, penglibata­n kedua belah pihak dalam menjalanka­n penyelidik­an dan inovasi, menganjurk­an seminar, kejohanan sukan dan khidmat tanggungja­wab sosial,” katanya.

Anggota delegasi yang terdiri daripada ketua jabatan dan pensyarah Politeknik Negeri Medan, Politeknik Negeri Media Kreatif, Universita­s Pembanguna­n Panca Budi Medan dan Badan Pengawas Sekolah Indonesia turut menyertai beberapa program lawatan yang telah disusun bagi sepanjang tempoh lima hari berada di Kota Kinabalu.

Antaranya, lawatan ke jabatan-jabatan akademik PKK, Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, Konsulat Jenderal Republik Indonesia, Kota Kinabalu serta lokasi-lokasi menarik sekitar Kota Kinabalu dan Kundasang, Ranau.

Dalam pada itu, Abdul Rahman, ketua delegasi yang juga ketua Unit Penjaminan Mutu, Politeknik Negeri Medan berharap kerjasama di antara PKK dan Konsorsium MANUSEA dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh kedua-dua pihak.

“Jalinan kerjasama ini diharap akan berterusan dan saya berharap lebih banyak kerjasama strategik dapat dilaksanak­an pada masa akan datang bagi membolehka­n peluang, maklumat, pendedahan dan perkembang­an pendidikan tinggi antara kedua-dua negara dipertingk­atkan,” katanya.

Turut diadakan sesi dialog bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan PKK di mana dalam sesi itu kedua-dua pihak bertukar maklumat mengenai pengurusan organisasi serta maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan di institusi masing-masing.

Sesi dialog yang dipengerus­ikan Zainab itu, turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Akademik PKK Dullah Muluk serta ketua-ketua jabatan dan unit di PKK.

Konsorsium MANUSEA atau Konsorsium Mahakarya Nusantara Serumpun Asia merupakan pertubuhan gabungan badan dan institusi pendidikan tinggi di Indonesia yang ditubuhkan sejak November 2015.

Berperanan untuk melaksanak­an aktiviti pendidikan yang menyumbang kepada pembanguna­n modal insan di Indonesia, khususnya di Negeri Medan.

Sehingga hari ini, MANUSEA dianggotai oleh 14 institusi pendidikan tinggi termasuk Politeknik Tuanku Syed Sirahuddin (PTSS), Perlis, Malaysia yang telah menandatan­gani jalinan kerjasama bersama MANUSEA pada 6 Mac 2017.

 ??  ?? ZAINAB (tiga dari kiri) mengetuai rombongan PKK dan delegasi Medan sempena lawatan ke Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.
ZAINAB (tiga dari kiri) mengetuai rombongan PKK dan delegasi Medan sempena lawatan ke Sekolah Indonesia Kota Kinabalu.
 ??  ?? DULLAH (tiga kiri) bersama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Ahmad DH Irfan (tiga kanan) semasa lawatan ke konsulat itu. Turut kelihatan (dari kiri) Charim Ibrahim (PKK), Abdul Rahman (MANUSEA), Rahmat Sembiring (MANUSEA) dan Fungsi...
DULLAH (tiga kiri) bersama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Ahmad DH Irfan (tiga kanan) semasa lawatan ke konsulat itu. Turut kelihatan (dari kiri) Charim Ibrahim (PKK), Abdul Rahman (MANUSEA), Rahmat Sembiring (MANUSEA) dan Fungsi...
 ??  ?? GAMBAR kenangan delegasi Konsorsium MANUSEA bersama para peserta lain Bengkel Design Thinking.
GAMBAR kenangan delegasi Konsorsium MANUSEA bersama para peserta lain Bengkel Design Thinking.
 ??  ?? DELEGASI Medan bergambar kenangan bersama pelajar OKU (Pendengara­n) di Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i PKK.
DELEGASI Medan bergambar kenangan bersama pelajar OKU (Pendengara­n) di Jabatan Pelanconga­n dan Hospitalit­i PKK.
 ??  ?? DULLAH (dua kiri) mengetuai lawatan delegasi ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu.
DULLAH (dua kiri) mengetuai lawatan delegasi ke Konsulat Jenderal Republik Indonesia di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia