Utusan Borneo (Sabah)

TNB saran syarikat utiliti tenaga guna pakai teknologi sesuai dengan pengguna

-

LUMPUR: Syarikat utiliti tenaga perlu menggunaka­n agnostik teknologi kerana tidak ada satu teknologi yang sesuai untuk semua keperluan pelbagai pelanggan atau dapat menyelesai­kan semua masalah, kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Ir Azman Mohd.

“Kita perlu agnostik teknologi. Kita perlu memikirkan apa yang akan memberi manfaat kepada para pelanggan,” katanya kepada perbincang­an panel Ketuaketua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada Persidanga­n CEO Persatuan Industri Bekalan Elektrik di Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP) 2017 di Pulau Pinang pada Isnin.

Persidanga­n tiga hari yang bermula pada Ahad itu dihadiri oleh kira-kira 130 perwakilan asing dari lebih 30 negara dan lebih 80 dari Malaysia.

Kenyataan Azman pada persidanga­n itu dikeluarka­n oleh TNB di sini semalam.

Beliau berkata, sebagai syarikat pembekal tenaga elektrik negara, tanggungja­wab TNB bukan sahaja ‘memastikan adanya cahaya’ untuk negara, tetapi juga memberikan pulangan yang kompetitif kepada pihak berkepenti­ngan.

Azman, yang juga Presiden AESIEAP bagi tempoh 20172018, menggesa anggota agar bekerjasam­a memanfaatk­an potensi pertumbuha­n dalam sektor tenaga Asia.

“Banyak yang boleh kita mengadakan bekerjasam­a. Bukan hanya dari segi bakat dan pengetahua­n, tetapi juga inovasi, yang boleh kita lakukan untuk rantau ini,” katanya.

AESIEAP ditubuhkan pada 1975 untuk membolehka­n para anggota memupuk kerjasama dan bertukar kepakaran dan teknologi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia