Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu dikhuatiri diserang sakit jantung akibat kemalangan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pemandu dikhuatiri diserang penyakit jantung selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di simpang Jambatan Putih di sini, kira-kira jam 2.45 petang Selasa.

Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan strategik yang menghubung­kan Jalan Merotai, Jalan Utara dan Jalan Kuhara.

Menurut saksi kejadian, Faizal Lorong, kejadian itu disedariny­a berlaku selepas terperanja­t akibat terdengar bunyi letupan yang besar dari arah jalan utama.

“Sebaik menoleh ke arah jalan utama, saya melihat kenderaan pacuan empat roda sedang ‘menyorong’ sebuah kereta,” katanya ketika ditemui di gerai buah di lokasi kejadian.

Katanya beberapa saat selepas kejadian itu, pemandu berjalan keluar dari keretanya serta menjerit meminta tolong sambil memegang dadanya seperti menahan kesakitan.

Pemandu itu terpaksa dibaringka­n di atas jalan raya sambil dibantu orang awam sebelum dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

“Semasa memberikan bantuan kepada lelaki itu, saya terdengar ada yang bercakap kemungkina­n lelaki itu mengalami serangan sakit jantung,” katanya,

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus mengesahka­n kejadian itu, namun tidak ada maklumat lanjut berhubung status pemandu terbabit dikongsika­n kepada pihak media.

Menurutnya, pemandu kereta berusia 41 tahun itu mempunyai rekod sebagai penghidap penyakit jantung dan menerima rawatan di Hospital Tawau.

“Pemandu itu tidak mengalami kecederaan luka akibat kemalangan itu, manakala isteri dan dua anak perempuann­ya pula dilaporkan tidak mengalami kecederaan.

“Pemandu pacuan empat roda berusia 37 tahun dan isterinya juga tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah, siasatan kemalangan itu masih dijalankan.

Beliau berkata siasatan awal menunjukka­n pacuan empat roda dalam perjalanan dari bandar (Jalan Kuhara) ke Brantian dan tidak sempat mengelak kereta terbabit.

“Kereta yang datang dari arah bertentang­an (Jalan Merotai) pula secara tiba-tiba membelok masuk ke simpang (Jalan Utara Baru) sebelum kemalangan berlaku.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 3 LN. 166/ 59 dan dikendalik­an Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Tawau Sjn David Charles,” katanya.

 ??  ?? KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Simpang Jambatan Putih, lokasi strategik yang menemukan tiga jalan utama di Daerah Tawau iaitu Jalan Utara Baru, Jalan Merotai dan Jalan Kuhara.
KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta dan pacuan empat roda di Simpang Jambatan Putih, lokasi strategik yang menemukan tiga jalan utama di Daerah Tawau iaitu Jalan Utara Baru, Jalan Merotai dan Jalan Kuhara.
 ??  ?? FAIZAL
FAIZAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia