Utusan Borneo (Sabah)

Pembuat batu nisan dipenjara lapan tahun

Pecah masuk kedai dan mencuri

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang pembuat batu nisan dikenakan penjara lapan tahun oleh Mahkamah Majistret, atas kesalahan memecah masuk ke dalam sebuah kedai dan mencuri.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman berkenaan terhadap Abdul Halim Albin, 30, selepas mengaku bersalah untuk dua pertuduhan berkenaan.

Pertama, tertuduh dikenakan penjara enam tahun kerana memecah masuk ke dalam sebuah kedai, mencuri sebuah peti besi berisi wang berjumlah RM300, beberapa kad dan cek.

Kesalahan dilakukan bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 10 September 2015 jam 10.10 malam di kedai Industrial Shophouse, Batu 5, Jalan Bundusan, Penampang.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara maksimum lima tahun, jika mencuri dilanjutka­n kepada 14 tahun.

Kedua, tertuduh dipenjara dua tahun dan denda RM200, apabila memecah masuk ke dalam sebuah lori, mencuri 30 kotak minuman segera, lima kotak pewangi dan sepuluh kotak ubat gigi.

Kesalahan dilakukan bersama dengan seorang yang masih bebas, pada 5 September 2015 jam 7.05 pagi hingga jam 7.30 pagi di tempat yang sama.

Abdul Halim didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a.

Jika gagal membayar denda terbabit, mahkamah mengenakan penjara selama enam bulan.

Mengikut fakta kes, pada 10 September 2015, kerani kedai terbabit membuat laporan polis mengatakan kedai milik majikannya dipecah masuk.

Hasil siasatan mendapati tertuduh memotong mangga dengan pemotong besi disamping mengambil sebuah peti besi yang disimpan dibawah meja pejabat.

Beliau juga memberitah­u, lori syarikat yang diparkir di depan kedai juga diumpil dan mangga dipotong dengan menggunaka­n pemotong besi.

Semasa rayuan, peguam Qashila S. Donhy dari Yayasan BantuanGua­manKebangs­aan (YBGK) memohon hukuman tertuduh diringanka­n.

Katanya, pengakuan salah menjimatka­nmasamahka­mah disamping tertuduh seorang anak sulung yang perlu menanggung dua adik dan ibunya.

Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni meminta hukuman yang setimpal dijatuhkan terhadap tertuduh.

Mahkamahme­merintahka­n tertuduh menjalani keduadua hukuman berkenaan secara serentak.

“Hasil siasatan mendapati tertuduh memotong mangga dengan pemotong besi disamping mengambil sebuah peti besi yang disimpan dibawah meja pejabat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia