Utusan Borneo (Sabah)

Polis banteras penggunaan ‘bakakuk’

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pihak polis akan membantera­s penggunaan senjata api buatan sendiri atau ‘bakakuk’ yang dipercayai semakin berleluasa di beberapa daerah di Sabah.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata sepanjang Januari hingga September tahun ini, pihaknya merekodkan 63 kes rampasan bakakuk berbanding hanya 15 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Kita merekodkan rampasan paling tinggi di Tawau diikuti Keningau, Kunak dan Kinabatang­an.

“Polis sentiasa agresif dalam membantera­s penggunaan senjata api haram dan pemilik bakakuk dinasihatk­an untuk menyerahka­n senjata berkenaan kepada balai polis berdekatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Razaruddin Husain dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman.

Ramli berkata sebahagian besar pemilik bakakuk di negeri ini menggunaka­n alasan memiliki senjata itu untuk mempertaha­nkan diri.

“Senjata api buatan ini amat popular di Sabah dan kebanyakan kes digunakan untuk memburu serta bagi mempertaha­nkan diri.

“Bagaimanap­un, ia adalah senjata haram di mana pemiliknya boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Terdahulu dalam perhimpuna­n itu, Ramli menyerahka­nsijilpeng­hargaan kepada 20 petugas dan anggota polis cemerlang pada bulan Oktober.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia