Utusan Borneo (Sabah)

KERETA HILANG KAWALAN

Kemalangan maut di Pitas

-

PITAS: Kereta yang dinaiki empat pelajar wanita yang maut berhampira­n Loji Penapis Air Stesen Kanibongan yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas 2, pada Selasa dilihat hilang kawalan dalam jarak kira-kira 100 meter sebelum terbabas.

Pengendali Loji Penapis Air Stesen Kanibongan, Zainudin Mohd Amin, 31, yang juga antara saksi terawal melihat kemalangan itu berkata, ketika kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, beliau mendengar bunyi tayar seakan-akan mengambil selekoh, sebelum bunyi dentuman kuat.

“Apabila mendengar bunyi itu, saya terus berlari keluar dari loji berkenaan untuk melihat apa yang terjadi dan saya melihat sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) telah terbabas kira-kira 20 meter dari loji tersebut.

“Ketika itu saya terus menghubung­i pihak polis dan polis tiba kira-kira 30 minit kemudian. Semasa melihat kenderaan itu saya terdengar suara meminta tolong daripada seorang mangsa yang cedera...ketika itu saya juga lihat beberapa mangsa terbaring berdekatan kenderaan tersebut, namun dalam keadaan panik saya tidak mampu berbuat apaapa,” katanya ketika ditemui Bernama di lokasi kejadian pada Rabu.

Zainudin berkata semasa kejadian itu hanya ada empat individu yang berada di lokasi berkenaan termasuk seorang lelaki yang juga pemilik sebuah gerai bersebelah­an lokasi kemalangan tersebut.

“Pemilik gerai itu berkata sebelum kenderaan itu terbabas, beliau melihat kenderaan tersebut hilang kawalan kira-kira 100 meter sebelum terbabas 10 meter dari gerainya.

“Semasa kejadian itu pemilik gerai berkenaan sempat lari kerana kereta dinaiki mangsa seakan-akan merempuh gerainya,” kata Zainudin.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati jalan raya di kawasan kemalangan itu adalah lurus dan rata, namun terdapat jalan yang beralun kira-kira 100 kilometer dari lokasi kereta itu terbabas.

Sementara itu, Freekonlis Jufirim, 29, abang kepada Elden Elio, 18, iaitu seorang daripada mangsa yang cedera dalam insiden tersebut berkata kesemua mangsa menetap di sebuah asrama swasta yang terletak di Kampung Kanibongan.

“Dia (Elden) tinggal di asrama berkenaan sejak beberpa tahun lepas kerana jarak kampung kami (Kampung Ranggal Pitas) agak jauh dari SMK Pitas 2.

“Asrama yang dikenali sebagai Asrama Agapeh itu dihuni pelajar dari beberapa sekolah berhampira­n termasuk SMK Kanibongan dan SMK Pitas 2,” katanya ketika ditemui di Kampung Kanibongan.

Sementara itu, seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Li, 18, yang turut menetap di asrama berkenaan berkata, ketika kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan ke SMK Pitas 2.

“Setiap hari memang rutin mereka untuk menaiki kereta berkenaan untuk ke sekolah dan pemilik kenderaan itu juga menetap di sini,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Asrama itu terletak kirakira 4 kilometer dari lokasi kemalangan tersebut.

Empat pelajar wanita yang maut dalam kejadian itu dikenali sebagai Sweeta Kongkoyan, 18, Dayang Manisah Exon, 18, Evi Elsie Jukirim, 18, dan Rebecca Stacey Saimon, 16.

Lima lagi pelajar lelaki yang cedera dalam kemalangan itu ialah Mikhievinl­ee Lotijin, 18, Aewinkafo Lawrence, 18, Fairus Ejoy Marayau, 18, Jaklin Johglin, 18, dan Elden.

Kesemua mangsa termasuk pemandu Toyota Avanza itu adalah pelajar SMK Pitas 2 iaitu lapan daripadany­a adalah pelajar tingkatan enam dan seorang pelajar tingkatan empat. -Bernama

 ??  ?? KERATAN akhbar Utusan Borneo bertarikh 25 Oktober 2017.
KERATAN akhbar Utusan Borneo bertarikh 25 Oktober 2017.
 ?? GambarBern­ama ?? ZAINUDIN menunjukka­n keadaan jalan raya dan lokasi kejadian kemalangan yang mengorbank­an empat pelajar manakala lima lagi cedera setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Kanibongan-Pitas pagi Selasa.
GambarBern­ama ZAINUDIN menunjukka­n keadaan jalan raya dan lokasi kejadian kemalangan yang mengorbank­an empat pelajar manakala lima lagi cedera setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Kanibongan-Pitas pagi Selasa.
 ??  ?? FREEKONLIS
FREEKONLIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia