Utusan Borneo (Sabah)

AICHR perlu cepat tangani isu air bersih, sanitasi di pedalaman

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (gambar) menggesa Suruhanjay­a Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mempercepa­tusahamena­ngani isu keperluan seperti air bersih dan sanitasi, khususnya bagi masyarakat luar bandar.

Beliau berkata berikutan pembanguna­n pesat ekonomi Asean, keperluan terhadap bekalan air dan sanitasi juga menunjukka­n peningkata­n besar sekaligus menimbulka­n masalah kekurangan bekalan.

“Air dan sanitasi merentasi aspek-aspek pembanguna­n mampan lain seperti hak kepada kesihatan, hak untuk bebas daripada kemiskinan serta hak kepada keamanan.

“Masalah kesihatan yang disebabkan kekurangan air dan sanitasi menjejaska­n produktivi­ti dan pertumbuha­n ekonomi, mengukuhka­n lagi ketidaksam­arataan yang mencirikan corak semasa globalisas­i dan memerangka­p isi rumah yang lemah dalam kitaran kemiskinan,” katanya berucap pada perasmian Perundinga­n Serantau AICHR mengenai Hak kepada Air Minuman yang Selamat dan Sanitasi, di sini pada Rabu.

Teksucapan­beliaudiba­cakan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ir Edward Yong Oui Fah.

Musa berkata ada dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan bandar yang mengambil mudah akan aspek air minuman yang selamat dan sanitasi, sedangkan keperluan asas itu sangat sukar diperoleh di kawasan luar bandar.

Beliau juga berkata berdasarka­n laporan yang boleh dipercayai, punca krisis air bukan kekurangan bekalan fizikal tetapi disebabkan kemiskinan, ketidaksam­aan dan ketidaksei­mbangan hubungan kuasa serta pengurusan air yang tidak cekap memburukka­n masalah kekurangan bekalan.

Terdahulu, wakil Malaysia ke AICHR Edmund Bon berkata antara cabaran operasi yang masih wujud di Asean ialah masih ramai yang tidak mendapat akses kepada air minum yang selamat dan sanitasi.

“Kumpulan yang paling terdedah termasuk pencari suaka, pelarian, etnik minoriti, mangsa pemerdagan­gan, Orang Asal dan bukan warganegar­a.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak berupaya merealisas­ikan hak terhadap air dan sanitasi secara sendiri dan memerlukan bantuan,” katanya.

Wakil Serantau Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Asia Tenggara Cynthia Veliko berkata air juga merupakan manifestas­i kesan yang paling cepat berlaku akibat perubahan iklim iaitu menerusi banjir dan kemarau. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia