Utusan Borneo (Sabah)

400 sekolah terpilih TS25

Sebanyak 88 dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sebanyak 400 sekolah terpilih menyertai Program Transforma­si 2025 (TS25) bagi kohort ketiga yang bakal dilaksanak­an tahun depan.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mahmud Karim berkata, penambahan bilangan sekolah itu menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 600 sekolah di seluruh negara.

“Program kali ini sudah masuk kohort ketiga, yang mana kohort pertama dan kedua masing-masing 100 sekolah terdiri daripada sekolah rendah dan menengah.

“Bagi bahagian Malaysia timur sahaja, sebanyak 88 sekolah terpilih iaitu Sabah 40, Sarawak 43 dan selebihnya dari Wilayah Pesekutuan (WP) Labuan,” katanya ketika ditemui pada Kolokium Program TS25 Sabah, Sarawak dan WP Labuan 2017, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, TS25 yang dilaksanak­an bermula tahun lepas adalah sebahagian daripada usaha KPM untuk melahirkan modal insan yang unggul.

Katanya, usaha itu akan tercapai melalui persekitar­an pembelajar­an yang menyeronok­kan, pemimpin berwawasan, guru kompeten dan komitmen komuniti yang padu.

“Kita ada lima modul latihan dan modul seterusnya bergantung kepada sekolah masing-masing untuk memikirkan transforma­si yang hendak dilaksanak­an, asalkan ia mencapai objektif berkaitan pencapaian pelajar itu sendiri.

“Justeru, kita harapkan pihak sekolah menerima program ini secara positif dan menjalinka­n kerjasama dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, pencapaian positif yang ditunjukka­n oleh kohort sebelum ini jelas menunjukka­n keberhasil­an program berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharapag­arsegalain­putyang dikongsika­n pada program TS25 akan terus diaplikasi seterusnya disebarlua­skan di setiap peringkat sekolah termasuk masyarakat luar.

Beliau juga berharap agar kohort ketiga itu akan mencapai objektif seiring hasrat KPM untuk menjadikan semua sekolah bersedia mempraktik­kan program itu lebih awal sebelum 2025.

Terdahulu, seramai 150 peserta program terdiri daripada pengetua dan guru besar zon Malaysia Timur menyertai program TS25 yang berlangsun­g selama tiga hari bermula Isnin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Mohd Kassim Ibrahim.

“Kita ada lima modul latihan dan modul seterusnya bergantung kepada sekolah masing-masing untuk memikirkan transforma­si yang hendak dilaksanak­an, asalkan ia mencapai objektif berkaitan pencapaian pelajar itu sendiri.

DATUK MAHMUD KARIM Pengarah Bahagian Pendidikan Guru KPM

 ??  ?? PESERTA merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PESERTA merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? MAIMUNAH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mahmud (tengah).
MAIMUNAH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mahmud (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia