Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa main peranan penting bantu pelajar berjaya

- - Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membantu para pelajar untuk berjaya, kata Timbalan Dekan Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah Profesor Madya Dr Azwan Awang.

Menurut beliau, perkara itu juga selaras dengan anjakan kesembilan dalam sebelas anjakan transforma­si sistem pendidikan iaitu kerjasama pihak sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

Katanya, ibu bapa perlu memahami keperluan semasa anak-anak dalam proses pengajaran dan pembelajar­an berikutan usaha yang bersungguh pasti akan melahirkan hasil yang cemerlang.

“Suka saya mengingatk­an bahawa dalam hal ini, anakanak yang kurang baik dalam pembelajar­an jangan diabaikan kerana mereka juga mempunyi peluang untuk berjaya. Cuma mereka perlukan pendekatan yang berbeza.

“Oleh itu, yakinlah semua anak mempunyai kebolehan untuk kita cungkil agar menyerlah menjadi modal insan yangmemban­tuperkemba­ngan negara,” katanya pada Majlis Anugerah Q 2017 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Pengiran Galpam, di sini pada Rabu.

Untuk rekod, sekolah itu mempunyai dua aliran iaitu Arus Perdana dan Praunivers­iti. Ia sekaligus memberi gambaran sekolah itu sedang dalam proses transforma­si pendidikan selaras dengan Pelan Induk Pembanguna­n Pendidikan 2013-2025.

Azwan berkata majlis anugerah yang mengiktira­f pencapaian pelajar dalam peperiksaa­n dan unit kokurikulu­m merupakan acara tahunan yang wajib dilaksanak­an oleh semua sekolah.

Jelasnya, perkataan kecemerlan­gan membawa maksud keelokkan, keindahan dan kegemilang­an seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan edisi keempat.

Oleh itu, anugerah yang disampaika­n kepada pelajar dalam majlis berkenaan memberi makna yang besar kepada mereka.

 ??  ?? AZWAN menyampaik­an Anugerah Khas Akademik kepada Nurul Asyikin.
AZWAN menyampaik­an Anugerah Khas Akademik kepada Nurul Asyikin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia