Utusan Borneo (Sabah)

Yusof kekal setia pada Umno

Meskipun berhadapan pelbagai cabaran

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal melafazkan ikrar taat setia kepada pucuk pimpinan parti Umno meskipun berhadapan pelbagai cabaran.

Beliau berkata, hubungan bersama pucuk pimpinan parti Umno yang lain tidak pernah pudar walaupun beliau baharu sahaja selesai direman selama enam hari oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan penyelewen­gan dana Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Walaupun berhadapan pelbagai cabaran, saya percaya ia tidak pernah menggugat kesetiaan saya terhadap kepimpinan khususnya parti Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Malah, saya akan terus bersama Umno berjuang

“Walaupun berhadapan pelbagai cabaran, saya percaya ia tidak pernah menggugat kesetiaan saya terhadap kepimpinan khususnya parti Umno dan Barisan Nasional ” (BN) DATUK MOHD YUSOF APDAL

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu

untuk terus menjadi pilihan hati rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya ketika pada sidang media khas di sini pada Rabu.

Yusof yang juga ketua Umno Bahagian Silam turut menasihatk­an penyokong supaya tidak terpengaru­h dengan dakyah pembangkan­g yang memutarbel­it cerita berkaitan kes reman ke atasnya.

Katanya, tindakan reman oleh SPRM sama sekali tiada berunsurka­n politik seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak lawan.

“Saya percaya semua akan faham, jangan sampai terpengaru­h dengan hasutan mereka (pembangkan­g) kerana ini tiada motif politik sama sekali. “SPRM hanya menjalanka­n tanggungja­wab secara profesiona­l mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sudah ditetapkan dan saya amat berterima kasih atas layanan baik mereka,” katanya.

Beliau kini sedang menerima rawatan susulan ekoran masalah kesihatan dan dijangka akan keluar dalam masa terdekat ini.

 ??  ?? YUSOF ketika ditemui pada sidang media pada Rabu.
YUSOF ketika ditemui pada sidang media pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia