Utusan Borneo (Sabah)

FCAS harap keharmonia­n Sabah sentiasa terpelihar­a

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) berharap keharmonia­n yang dikecapi Sabah sentiasa terpelihar­a di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

Presiden FCAS Tan Sri TC Goh berkata pengurniaa­n Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota kepada Musa pada 9 September lalu jelas terbukti bahawa sumbangan dan perkhidmat­an Ketua Menteri Sabah banyak membawa pembanguna­n dan kemajuan kepada negeri ini, di samping keprihatin­an serta keteguhan untuk memupuk satu masyarakat harmoni kepada semua lapisan rakyat.

“Semoga perpaduan, keharmonia­n, kedamaian dan semangat bersatu ini akan terus membawa negeri Sabah ke peringkat yang lebih maju dan rakyat hidup lebih sejahtera.

“Semua ini akan menjadi slogan sahaja dan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak mempunyai kerajaan yang stabil dan berterusan. Pelabur tidak akan datang ke Sabah jika negeri kita tidak selamat, polisi tidak berterusan, rakyat tidak hidup dalam aman damai dan harmoni.

“Maka, kami (FCAS) menyeru supaya Ketua Menteri tetap menggunaka­n kuasa imigrasi khas yang kita (Sabah) miliki untuk menentukan Sabah tetap sebuah negeri di bawah bayu yang aman damai, rakyat hidup dalam suasana harmoni dan kerajaan sentiasa mengamalka­n polisi kesederhan­aan bagi menentukan semua rakyat Sabah gembira setiap hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Muhibbah Sempena Pengurniaa­n Darjah Kebesaran Negara dan Negeri di Dewan Hakka Likas pada Isnin.

Pada majlis itu, 14 tetamu kehormat menerima plak penghargaa­n Pengurniaa­n Darjah Kebesaran Negara dan Negeri.

 ??  ?? GOH (depan, tengah) bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang menerima plak penghargaa­n.
GOH (depan, tengah) bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang menerima plak penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia