Utusan Borneo (Sabah)

Mencederak­an: Lelaki mengaku tidak bersalah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas kesalahan mencederak­an seorang lelaki.

Majistret Afiq Agoes menetapkan pada 1 November untuk pengurusan kes terhadap RizlyDeRiz­onDewos,33, yang didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda atau sebat, atau dengan manamana dua daripada hukuman berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Rizly melanggar mangsa yang berusia 28 tahun dengan menggunaka­n kereta, pada 4 Oktober jam 5 petang di kawasan parkir, Hospital Queen Elizabeth 2, di sini.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarka­n tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM2,800 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam mahkamah berasingan, Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengenakan penjara lima tahun dan satu sebat, terhadap seorang lelaki yang mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan menggunaka­n dadah.

Taufik San, 28, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun, serta dengan sebatan.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 11 Julai di sini.

Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin memberitah­u mahkamah, tertuduh mempunyai tiga rekod kesalahan lampau atas kesalahan sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia