Utusan Borneo (Sabah)

Ceroboh kuarters penjara, lelaki kena 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Tindakan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam kuarters penjara, menyebabka­nnya dikenakan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majstret di sini.

Mohd Farid Ag Padang, 26, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan, di hadapan Majistret Afiq Agoes.

Tertuduh menceroboh masuk ke dalam tempat penyimpana­n barang blok 9E, Gunung Emas, kuarters penjara Taman Mat Salleh Matambai Kepayan, pada 19 Ogos jam 9.15 pagi.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh tiga tahun atau denda maksimum RM5,000, atau dengan kedua-duanya sekali.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n, namun Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni meminta hukuman setimpal dikenakan.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki dikenakan penjara 10 bulan atas kesalahan menyimpan sebuah motosikal curi, milik seorang lelaki berusia 32 tahun.

Hukuman itu dijatuhkan terhadap Thameson Jonoton, 26, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didapati menyimpan motosikal jenis Modenas Kriss berkenaan, pada 11 September jam 6.30 pagi di hadapan sebuah rumah sewa, Kampung Bantayan, Inanam.

Jika sabit kesalahan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Dalam pada itu, mahkamah juga memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman berkenaan secara serentak dengan hukuman bagi kesalahan menggunaka­n dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia