Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan bot, jongkong dan kapal laut berlabuh tanpa kebenaran di pantai Ba Zhong

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Sembilan bot laju, jongkong dan kapal motor disyaki kapal nelayan dilihat berlabuh di pantai Ba Zhong (kawasan yang tidak dibenarkan berlabuh) tanpa kebenaran.

Tinjauan Utusan Borneo pada jam 4.40 petang Rabu di lokasi itu mendapati enam jongkong, dua kapal motor dan sebuah bot laju ‘singgah’ berlabuh di kawasan berkenaan.

Sehingga jam 6 petang, terdapat dua jongkong yang mendarat, manakala sebuah bot laju dan empat jongkong sekadar berlabuh di tepi kawasan tiang yang tumbang, selain dua kapal motor.

Berdasarka­n pemerhatia­n juga, terdapat kira-kira 20 orang dewasa dan kanakkanak di lokasi terbabit, serta ada yang dipercayai sedang membuat kerja membaiki kapal.

Sejumlah besar tiang pemisah yang didirikan di situ juga didapati tumbang dan ‘tidak kelihatan’, sekaligus membolehka­n bot laju dan jongkong terbabit menghampir­i pantai.

Beberapa penguatkua­sa turut dilihat hadir ke lokasi berkenaan kira-kira jam 4.45 petang dan ada menemui mereka yang datang singgah berlabuh di kawasan terbabit.

PresidenMa­jlisPerban­daran Tawau (MPT) Alijus Sipil mengesahka­n penguatkua­sa MPT sudah menemui mereka yang berada di lokasi terbabit, dan amaran sudah diberikan.

“Mereka mengaku tidak pandai membaca amaran yang tertera pada papan tanda amaran di pantai itu, dan salah satu jongkong mereka juga mengalami kerosakan enjin.

“Mereka juga mengaku akan beredar secepat mungkin dan pihak kita akan melakukan pemantauan secara berterusan di lokasi terbabit,” katanya.

Pada 2014, Mesyuarat Penuh MPT memutuskan kesemua bangkai kapal laut usang di kawasan ‘limbungan haram’ tepi pantai Ba Zhong itu diambil-alih dan dimusnahka­n.

Pada masa sama, tiangtiang ‘pemisah’ didirikan oleh pihak berkuasa sebagai langkah untuk mencegah kawasan berkenaan daripada berterusan dijadikan sebagai ‘limbungan haram’.

 ??  ?? SEMBILAN jongkong, bot laju dan kapal motor dilihat berlabuh tanpa kebenaran di pantai Ba Zhong.
SEMBILAN jongkong, bot laju dan kapal motor dilihat berlabuh tanpa kebenaran di pantai Ba Zhong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia