Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat perlu main peranan

Banteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak

-

BEAUFORT: Usaha membantera­s jenayah seksual terhadap kanakkanak memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata jenayah terkutuk itu perlu dibendung segera demi masa depan negara.

“Kerajaan sangat prihatin terhadap golongan kanakkanak memandangk­an mereka adalah generasi pelapis pemimpin pada masa akan datang.

“Bagi menangani isu ini, setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan dan bekerjasam­a erat dengan semua pihak.

“Kita memandang serius isu ini dan perlu banteras jenayah ini sebelum ia menjadi kudis,” katanya ketika berucap pada Kempen Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanakkanak sempena Sambutan Bulan Kebajikan dan Hari Wanita Peringkat Daerah.

Kamarlin yang juga Adun Lumadan menggesa para peserta menjadi jurucakap yang menjelaska­n mesej tentang jenayah itu kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang itu disempurna­kan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Dr Hajah Norlidah RM Jasni, di salah sebuah hotel di sini pada Rabu.

Hadir sama, Ahli Jawatankua­sa Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakilwakil Rakyat Sabah (Bakisa) Datin Saridah Abdullah dan

“Kita memand“ang serius isu ini dan perlu banteras jenayah ini sebelum ia menjadi kudis. DATUK KAMARLIN OMBI Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Datin Tracy Tan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Persekutua­n) Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah Dayang Rugayah Awang Besar berkata Akta Kanakkanak 2001 (Pindaan 2016) memberi lebih ruang pembelaan kepada kanakkanak menerusi Seksyen 17.

Beliau menjelaska­n pindaan itu adalah bagi menyedarka­n para ibu bapa supaya mengetahui bahawa perbuatan cuai merupakan satu kesalahan.

“Antara perbuatan cuai adalah meninggalk­an anak di dalam kenderaan, meninggalk­an anak tanpa pengawasan dan mengabaika­n anak ketika berada dalam kompleks belibelah,” katanya.

 ??  ?? NORLIDAH (tengah) mengangkat tangan sebagai simbolik kepada mesej ‘Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanakkanak’.
NORLIDAH (tengah) mengangkat tangan sebagai simbolik kepada mesej ‘Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanakkanak’.
 ??  ??
 ??  ?? NORLIDAH (tengah) bersalaman dengan penari cilik yang menyambut kedatangan­nya pada majlis itu.
NORLIDAH (tengah) bersalaman dengan penari cilik yang menyambut kedatangan­nya pada majlis itu.
 ??  ?? NORLIDAH diiringi Saridah (dua dari kanan) bersalaman dengan para peserta Kempen Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
NORLIDAH diiringi Saridah (dua dari kanan) bersalaman dengan para peserta Kempen Hentikan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak.
 ??  ?? KAMARLIN berucap pada majlis itu.
KAMARLIN berucap pada majlis itu.
 ??  ?? NORLIDAH (dua dari kiri) sempat bermesra dengan kanak-kanak Tabika Kemas yang menyertai pertanding­an mewarna. (Gambar kanan) Norlidah menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta pertanding­an mewarna.
NORLIDAH (dua dari kiri) sempat bermesra dengan kanak-kanak Tabika Kemas yang menyertai pertanding­an mewarna. (Gambar kanan) Norlidah menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta pertanding­an mewarna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia