Utusan Borneo (Sabah)

Konsul Kehormat Malaysia di Sulawesi desak Dr Mahathir mohon maaf

-

JAKARTA: Masyarakat keturunan Bugis di Indonesia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah mengeluark­an kenyataan ‘menghina’ keturunan etnik itu dalam satu perhimpuna­n pembangkan­g di Selangor baru-baru ini.

Konsul Kehormat Malaysia di Sulawesi, Halim Kalla berkata seluruh keturunan Bugis di Indonesia terutamany­a di Sulawesi sangat tersinggun­g dengan kenyataan Dr Mahathir dan mereka telah menyampaik­an bantahan kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia.

“Saya juga telah menyampaik­an rasa kekesalan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kepada Duta Besar Malaysia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan memberitah­u masyarakat Bugis mendesak supaya Dr Mahathir memohon maaf atas keterlanju­rannya,” kata beliau kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya, sebagai bekas pemimpin yang pernah disegani dunia, Dr Mahathir tidak sepatutnya menghina mana-mana keturunan di dunia ini dan jika telah terlanjur cakap, beliau juga tidak seharusnya berdiam tanpa memohon maaf.

Dr Mahathir ketika berucap dalam satu perhimpuna­n anjuran partiparti pembangkan­g pada 14 Okt lepas telah mengaitkan keturunan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyebut sebagai keturunan ‘lanun Bugis’.

Halim berkata walaupun Dr Mahathir mempunyai perselisih­an politik dengan Najib, beliau tidak seharusnya menghina sesuatu kaum apatah lagi kaum itu banyak berjasa dalam membentuk kerajaan di Tanah Melayu.

Katanya diaspora keturunan Bugis terdapat di seluruh dunia dan mereka memegang falsafah ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ dan disebabkan itu adalah tidak wajar Dr Mahathir menghina diaspora keturunan Bugis di Malaysia dengan menyifatka­n sebagai keturunan ‘lanun’.

Beliau berkata Dr Mahathir juga harus sedar penghinaan terhadap kaum itu turut menyinggun­g Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan mantan presiden B.J.Habibie yang juga keturunan Bugis.

Halim berkata beliau yang mewakili Malaysia di Sulawesi turut tersinggun­g kerana dirinya sendiri adalah keturunan Bugis Makassar.

“Jadinya jika sudah terlanjur cakap, mohon maaf dan mengaku kesilapan, itulah sikap seorang pemimpin yang sebenar dan kita berharap Dr Mahathir tunjukkan sikap dirinya sebagai seorang negarawan,” kata beliau.

Baru-baru ini Perhimpuna­n Pemuda Bugis-Makassar Indonesia turut mendesak Dr Mahathir supaya meminta maaf secara terbuka kerana kenyataann­ya itu.

Ketua Umumnya Arwin Welhamina berkata, pihaknya akan membuat demonstras­i besar-besaran di hadapan kompleks Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam tempoh terdekat jika Dr Mahathir masih enggan berbuat demikian.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitah­u Bernama, Dr Mahathir harus membuat permohonan maaf segera atas keterlanju­rannya itukeranai­amembawama­salah kepada rakyat Malaysia di Indonesia. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia