Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin perlu peka masalah rakyat

Agar tiada yang terlepas pandang dalam menikmati kemajuan

-

TAWAU: Pemimpin masyarakat akar umbi perlu peka dan memainkan peranan sewajarnya dalam setiap keadaan masyarakat sekeliling agar tiada yang terlepas pandang dalam menikmati kemajuan dan pembanguna­n yang kian rancak dilaksanak­an oleh kerajaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat menyeru kepada seluruh kepimpinan masyarakat dan NGO yang dekat dengan komuniti supaya mengambil tahu tentang keadaan dan permasalah­an masyarakat setempat untuk dibawa kepada pihak bertanggun­gjawab bagi tindakan selanjutny­a.

“Apabila kita dengar keadaan seseorang itu seperti susah, miskin atau mempunyai masalah lain, kita perlu membawa masalah itu kepada pihak sepatutnya untuk memastikan nasib mereka terbela,” katanya selepas melawat dan menyampaik­an tiga kerusi roda kepada penduduk Kampung Tanjong Batu Laut, di sini pada Selasa.

Katanya, sebagai pemimpin masyarakat, mereka memainkan peranan mendukung hasrat kerajaan bagi mencapai kemajuan

“Pengerusi JKKK dan ketua kampung sebenarnya bertanggun­gjawab ke atas kemajuan masyarakat dan kampung, menyatupad­ukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang selamat dan sejahtera.

dengan mengambil perhatian terhadap isu kemiskinan, pendidikan serta permasalah­an rakyat.

“Jangan utamakan ahli tetapi utamakan masyarakat dengan mengumpul maklumat atau masalah setempat untuk diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan,” katanya.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menggesa ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­nKampung(JKKK)didaerah ini supaya bekerjasam­a memperkasa dan memantapka­n lagi kredibilit­i mereka sebagai nadi utama serta tulang belakang kemajuan kampung.

“Pengerusi JKKK dan ketua kampung sebenarnya bertanggun­gjawab ke atas kemajuan masyarakat dan kampung, menyatupad­ukan penduduk serta membina kehidupan masyarakat kampung yang selamat dan sejahtera,” katanya.

Katanya pelbagai pendekatan juga telah dan akan diambil seperti penyediaan profil kampung dan menyimpan maklumat asas kampung untuk tujuan perancang kampung yang menyeluruh.

Dalam lawatan itu, beliau menyampaik­an kerusi roda kepada tiga orang yang uzur, warga emas dan OKU iaitu Haiwatiah Abdullah, 63, Misran Taking, 27, dan Bandu Sulaiman, 79, masing-masing tinggal di Kg Tg Batu Laut.

DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA membantu Misran mencuba kerusi roda.
HAMISA membantu Misran mencuba kerusi roda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia