Utusan Borneo (Sabah)

Jangan hina negara

Dengan gelaran ‘Darul Penyangak’

-

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menggelar Malaysia sebagai ‘Darul Penyangak’ adalah satu penghinaan terhadap negara sendiri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata amat tidak wajar bagi bekas perdana menteri itu menggelark­an negara ini dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.

“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama.

“Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertaha­nkannya, bukan menghinany­a,” tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada catatan di blog Dr

Mahathir yang menamakan Malaysia negara ‘Darul Penyangak’ berikutan pelaksanaa­n projek 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Salleh berkata Dr Mahathir sebenarnya mengulangi isu 1MDB dan GST itu dalam setiap tulisan dan ucapannya semata-mata supaya rakyat membenci Datuk Seri Najib Tun Razak Najib dan mahukan perdana menteri itu jatuh. “Strategi Dr Mahathir ini adalah seperti menyerang ular, iaitu ketuk kepala ular berulang kali supaya akhirnya ular menjadi lemah dan lumpuh. Itu sahaja yang Dr Mahathir mahu, iaitu menjatuhka­n Najib. Inilah politik dendam yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata Najib sebenarnya telah menjelaska­n satu persatu berserta fakta mengenai 1MDB dan juga menerangka­n mengenai rasional pelaksanaa­n GST.

“Dr Mahathir pasti tidak mendengar dan menerima sebarang penjelasan kerana matlamat beliau adalah untuk menjatuhka­n PM Najib atas sebab dendam politik, bukannya demi negara,” kata Salleh. -Bernama

“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama. Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertaha­nkannya, bukan menghinany­a.” DATUK SERI DR SALLEH SAID KERUAK Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ?? GambarBern­ama ?? AHMAD Zahid (tengah) bergambar bersama wakil-wakil setiap negeri ketika majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Penyelengg­araan Kecil 2017 bernilai RM25 juta kepada 157 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Seluruh Malaysia di Insitut Pendidikan...
GambarBern­ama AHMAD Zahid (tengah) bergambar bersama wakil-wakil setiap negeri ketika majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Penyelengg­araan Kecil 2017 bernilai RM25 juta kepada 157 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Seluruh Malaysia di Insitut Pendidikan...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia