Utusan Borneo (Sabah)

Isu Bugis lanun: Dr Mahathir terus didesak mohon maaf

-

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus didesakmem­ohonmaafke­pada masyarakat Bugis berhubung kenyataann­ya baru-baru ini yang menyifatka­n Bugis sebagai lanun.

Malah, Pengerusi Pakatan Harapan itu diingatkan agar bersedia untuk berdepan bantahan lebih besar seluruh bangsa Bugis di nusantara jika masih berkeras untuk tidak meminta maaf.

Desakan dan ingatan tersebut dibuat oleh Majlis Penyelaras­an Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung Johor) dan Persatuan Bugis Negeri Johor (PBNJ) ketika hadir menyerahka­n memorandum bantahan kepada bekas perdana menteri itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.

Naib Presiden Gabung Johor Abdullah Md Yusof berkata kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Bugis dan perlu segera ditarik balik demi maruah dan nama baik bangsa Bugis yang sinonim sebagai ‘pahlawan yang berani’.

Justeru, Gabung Johor yang menaungi lebih 850 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Dr Mahathir segera memohon maaf atau berdepan bantahan atau himpunan lebih besar selepas ini, katanya kepada pemberita selepas mengetuai lebih 300 anggotanya hadir ke perhimpuna­n tersebut.

Abdullah berkata Gabung Johor telah berhubung dengan semua pertubuhan Bugis di nusantara yang turut terkesan dengan kenyataan Dr Mahathir dan bersedia menggerakk­an gelombang bantahan lebih besar jika permohonan maaf tidak diterima.

Beliau berkata untuk permulaan, pihaknya akan ke Makassar, Indonesia dalam masa terdekat bagi menyertai kaum Bugis melakukan bantahan berhubung isu tersebut.

“Kita tahu mungkin sukar untuk Dr Mahathir meminta maaf tetapi kami harap isu peribadi dan politik tidak dicampur aduk sehingga membangkit­kan kemarahan sesuatu kaum,” katanya. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? KIRA-KIRA 300 ahli Persatuan Bugis Negeri Johor (PBNJ) serta Majlis Penyelaras­an Gabungan NGO Melayu Negeri Johor yang diketuai oleh Yang Dipertua PBNJ Datuk Awang Mohamad dan Naib Presiden Majlis Penyelaras­an Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung...
GambarBern­ama KIRA-KIRA 300 ahli Persatuan Bugis Negeri Johor (PBNJ) serta Majlis Penyelaras­an Gabungan NGO Melayu Negeri Johor yang diketuai oleh Yang Dipertua PBNJ Datuk Awang Mohamad dan Naib Presiden Majlis Penyelaras­an Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia