Utusan Borneo (Sabah)

PVATTBM harap PM ambil kira ‘Blueprint Veteran 1Malaysia’

-

KANGAR: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira ‘Blueprint Veteran 1Malaysia’ dalam Bajet 2018 yang akan dibentangk­an, Jumaat ini.

Presidenny­a, Ismail Abidin berkata langkah tersebut demi menjaga kebajikan dan kepentinga­n lebih 200,000 veteran tentera tidak berpencen di seluruh negara.

Katanya rangka tindakan itu yang dibentangk­an Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein pada 9 Sept 2015 mengandung­i 20 perkara antaranya pemilikan rumah sendiri bagi veteran yang tidak memiliki rumah, menaikkan bantuan sara hidup bulanan, bantuan kewangan khas dan bantuan kemasukan anak-anak ke institusi pengajian tinggi dan pusat latihan tentera.

“Kami juga berharap Perdana Menteri memberi ruang kepada para veteran untuk memulakan kerjaya kedua selepas menamatkan perkhidmat­an,” kata Ismail kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata PVATTBM juga meminta kerajaan menambah bayaran pencen untuk merapatkan jurang pencenanta­raveterant­erdahulu dengan yang bersara sebelum dan selepas 2004 serta mengkaji semula tempoh perkhidmat­an berpencen anggota ATM.

“Hishammudd­in juga mengumumka­n pemberian pencen terbitan berterusan kepada isteri yang dikahwini selepas menamatkan perkhidmat­an, bantuan kebajikan dan perubatan kepada bekas anggota yang diberhenti­kan atas sebab disiplin serta subsidi bayaran bil elektrik dan air kepada veteran ATM.

“Sekiranya perkara-perkara ini dilaksanak­an, saya yakin bebanan veteran ATM terutama mereka yang tidak berpencen akan lebih ringan dan ini juga akan menyuntik semangat mereka yang sedang berkhidmat,” kata Ismail. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia