Utusan Borneo (Sabah)

KPDNKK Selangor buru pemilik syarikat jualan langsung disyaki perdaya pelanggan

-

NILAI: Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Selangor kini memburu pemilik sebuah syarikat pembekal mesin layan diri di Rawang, Selangor yang disyakimem­perdayapel­anggan membabitka­n kerugian mencecah RM400,000.

Timbalan Pengarahny­a Azman Adam berkata pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan yang mendakwa mereka tidak menerima mesin layan diri yang ditempah daripada syarikat itu.

Susulan itu, KPDNKK Selangor menyerbu premis syarikat berkenaan dan merampas 35 unit mesin layan diri minuman, makanan ringan serta kios Internet Wi-Fi yang dianggar bernilai RM439,500 pada 19 Okt lalu, katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpana­n Eksibit KPDNKK Nilai, di sini pada Rabu.

Katanya siasatan awal mendapati syarikat yang beroperasi sejak 2015 itu disyaki menjalanka­n perniagaan jualan langsung namun gagal mengemukak­an lesen sah jualan langsung daripada KPDNKK.

“Dalam sistem pendaftara­n Suruhanjay­a Syarikat Malaysia, syarikat itu didaftarka­n sebagai pembekal mesin layan diri namun yang dilakukan mereka ialah menjalanka­n promosi dari rumah ke rumah bagi mencari pelanggan, sekali gus menyalahi Akta Jualan Langsung 1993,” katanya.

Katanya mereka memperdaya pelanggan dengan menawarkan baucar percutian di dalam dan luar negara bernilai RM1,000 selain memberi jaminan pinjaman diluluskan dan pulangan yang besar. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia