Utusan Borneo (Sabah)

100 pelajar tamat program Tuisyen Rakyat @KKLW

100 pelajar tamat program Tuisyen Rakyat @KKLW

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Seramai 100 pelajar di sini berjaya menamatkan program Tuisyen Rakyat @ KKLW sebagai persediaan menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan depan.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Penampang Datuk Hasnol Ayub berkata, program itu adalah di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menerusi kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM).

“Program itu dibawa khas ke sini oleh pergerakan Puteri Umno Bahagian Penampang bagi meningkatk­an pencapaian pelajar yang akan menghadapi SPM bulan hadapan.

“Para pelajar adalah tulang belakang kepada kepimpinan masa depan negara ini, oleh itu program seumpamany­a mampu memberikan impak kepada kita,” katanya selepas merasmikan majlis penutupan Program Tuisyen Rakyat @ KKLW, di sini pada Rabu.

Beliau berkata, tuisyen itu diberikan khusus kepada para pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampu­an tetapi mempunyai sasaran mencapai semua A dalam subjek teras pada SPM nanti.

Katanya, kelas tuisyen yang diadakan sejak bulan Ogos sehingga Oktober itu diharapkan mampu melahirkan pelajar cemerlang.

“Umno di sini bukan sahaja membantu pelajar dari segi pendidikan tetapi kita juga membantu kebajikan rakyat di kampung-kampung, badan bukan kerajaan dan juga badan keagamaan,” katanya.

Dalam isu yang berasingan, Hasnol berharap pembentang­an Bajet 2018 kali ini akan memberikan tumpuan khusus kepada pembanguna­n modal insan.

Katanya, semua pihak berkepenti­ngan seperti institusi pengajian tinggi awam dan swasta perlu mempunyai satu kerjasama yang khusus menumpukan pembanguna­n modal insan demi masa depan negara.

“Kita memerlukan modal insan masa depan yang berkemahir­an tinggi bagi menerokai pelbagai sumber alam dalam negara kita.

“Negara perlu melahirkan ramai modal insan bagi menjana ekonomi negara ke arah yang lebih tinggi.

“Kita mempunyai banyak sektor yang belum diterokai dan pembanguna­n modal insan sentiasa menjadi cabaran utama negara ini,” katanya.

Hadirsamad­imajlisitu­ialah Ketua Puteri Umno Bahagian Penampang Dayang Sarinah Mohd Yassin, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM St Michael Datuk Philip Lasimbang serta tetamu kehormat yang lain.

Dalam majlis yang sama, 100 pelajar SM St Michael dan SMK Datuk Peter Mojuntin turut menerima bantuan alat tulis.

“Para pelajar adalah tulang belakang kepada kepimpinan masa depan negara ini, oleh itu program seumpamany­a mampu

” memberikan impak kepada kita. DATUK HASNOL AYUB Timbalan Ketua Umno Bahagian Penampang

 ??  ?? HASNOL (dua kiri) menyerahka­n bantuan alat tulis sambil diperhatik­an oleh Dayang (kiri) dan Philip (kanan).
HASNOL (dua kiri) menyerahka­n bantuan alat tulis sambil diperhatik­an oleh Dayang (kiri) dan Philip (kanan).
 ??  ?? PARA pelajar merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
PARA pelajar merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia