Utusan Borneo (Sabah)

Bahang Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar kembali lagi

-

KOTAKINABA­LU:Jabatan HalEhwalPe­lajarUnive­rsiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) bagi sesi 2017/2018 yang akan berlangsun­g serentak pada hari ini.

PMPP diadakan di Dewan Kuliah Pusat ke-2 dan Megalab, Perpustaka­an untuk Kampus UMS Kota Kinabaludi­DewanSerba­guna Kampus Lestari Sandakan dan di Dewan Utama UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).

PMPP bagi sesi 2017/ 2018 ini adalah satu pemilihan wakil pemimpin dalam kalangan mahasiswa melalui undian majoriti di dalam kampus universiti sahaja.

Ia diadakan setiap tahun di seluruh universiti awam di Malaysia termasuk di UMS.

Pemilihan kali ini menyaksika­n 32 kerusi dipertandi­ngkan iaitu tujuh kerusi umum Kampus Induk Kota Kinabalu, dua kerusi umum UMSKAL, satu kerusi umum Kampus Lestari Sandakan dan 22 kerusi fakulti dipertandi­ngkan di Universiti Malaysia Sabah.

Pengumuman keputusan calon pemenang PMPP bagi sesi 2017/ 2018 ini akan dibuat sebaik sahaja selesai waktu pembuangan undi pada hari berkenaan.

Cara pengundian ini dibuat menggunaka­n sistem E-Undi (E-Voting) bagi memudahkan proses

“Anda adalah role model kepada mahasiswa lain. Cabaran sebagai pemimpin memang banyak. Kami di pihak pengurusan universiti sentiasa membantu anda dalam soal kebajikan ” mahasiswa PROF. DATUK DR. D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor UMS

pengiraan undi yang disediakan oleh pihak Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) UMS.

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata calon yang menang nanti diharap bertugas sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan sebaiknya.

“Anda adalah role model kepada mahasiswa lain. Cabaran sebagai pemimpin memang banyak. Kami di pihak pengurusan universiti sentiasa membantu anda dalam soal kebajikan mahasiswa,” katanya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMS Prof Dr Ismail Ali menegaskan agar semua calon bagi PMPP bertanding secara sihat.

Setiap pertanding­an pasti ada yang menang dan ada yang kalah.

Beliau berharap pemilihan kali ini dijalankan dengan lancar dan suasana pada hari mengundi berada dalam keadaan yang harmoni.

 ??  ?? UMS adakan taklimat majlis MPP.
UMS adakan taklimat majlis MPP.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia