Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan HEP dan Alumni UMS anjur Gotong Royong Perdana

-

KOTA KINABALU: Bahagian Perumahan dan Hospitalit­i Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Gotong Royong Perdana Kolej Kediaman.

Gotong royong itu berjalan serentak di setiap Kolej Kediaman Kampus UMS Kota Kinabalu, Kolej Kediaman Lestari Kampus Sandakan dan Kolej Kediaman UMS Kampus Antarabang­sa Labuan.

Tema bagi program Gotong Royong Perdana Kolej Kediaman ini adalah ‘Bebas Denggi, Kampus Sejahtera, Sayang Kolej Anda’.

Program pada pagi itu turut diselitkan dengan acara senamrobik dan taklimat oleh para pengetua Kolej Kediaman masing-masing sebelum gotong royong bermula.

Penglibata­n amat menggalakk­an dalam kalangan mahasiswa Kolej Kediaman di mana Kolej Kediaman Tun Mustapha disertai 500 orang, Kolej Kediaman Tun Fuad 500 orang, Kolej Kediaman Excellent 700 orang, Kolej Kediaman Sri Angkasa 300 orang, Kolej Kediaman Usia 1Borneo 300 orang, Kolej Kediaman Kingfisher 80 orang, Kolej Kediaman Lestari, Kampus Sandakan 150 orang dan Kolej Kediaman UMS Kampus Antarabang­sa Labuan disertai 500 pelajar.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Prof Dr Ismail Ali, Program Gotong Royong Perdana diadakan setiap semester memberi impak yang besar kepada kesejahter­aan dan kebersihan kawasan kolej kediaman..

Selain itu, ia juga memberi kesedaran betapa pentingnya faktor menjaga kesihatan dan bebas penyakit terhadap penghuni di kolej-kolej kediaman selaras dengan tema program pada hari berkenaan.

 ??  ?? MAHASISWA membersihk­an kawasan kediaman mereka sempena program itu.
MAHASISWA membersihk­an kawasan kediaman mereka sempena program itu.
 ??  ?? MAHASISWA yang menyertai program itu.
MAHASISWA yang menyertai program itu.
 ??  ?? ANTARA pelajar yang menyertai Gotong Royong Perdana itu.
ANTARA pelajar yang menyertai Gotong Royong Perdana itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia