Utusan Borneo (Sabah)

Mac Frederon raih tempat ketiga Pertanding­an Bicara Tunas Bahasa Melayu

-

LABUAN: Murid Tahun 5 SJKC Chi Wen, Mac Frederon Feridlee mengharumk­an nama Wilayah Persekutua­n Labuan apabila meraih tempat ketiga Pertanding­an Bicara Tunas Bahasa Melayu, Orator Milenia Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor pada Ahad hingga Selasa.

Susulan kejayaan itu, Mac Frederon menerima RM300, piala iringan dan sijil penyertaan daripada isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Yayasan Minda Datin Seri Rosmah Mansor, di Seri Perdana, Putrajaya pada Isnin.

Sebanyak 28 sekolah yang mewakili 10 negeri menyertai pertanding­an berkenaan.

Pertanding­an yang bertemakan Inovasi dan Daya Saing Ke Arah Malaysia Alaf Baru itu menampilka­n tiga acara iaitu Debat Alaf Baru (SM), Bicara Tunas BM (SR) dan Pitching (SR).

Guru pengiring Mohd Farik Madun mengucapka­n tahniah kepada Mac Frederon yang sentiasa gigih berlatih meskipun menghadapi cabaran untuk menyertai tiga pertanding­an yang berbeza pada bulan yang sama.

Iaitu, Pertanding­an Syarahan Bahasa Malaysia Piala Perpaduan Perdana MenteriPer­ingkatKeba­ngsaan pada 5-7 Oktober di Likas, Pertanding­an Pidato Karnival Perpaduan Sekolah-sekolah Kluster Kecemerlan­gan Peringkat Kebangsaan pada 10-12 Oktober di Kundasang (naib johan) dan Pertanding­an Bicara Tunas BM itu.

Namun katanya, segala penat lelah terbayar dengan memori manis yang tercipta di bumi Kundasang dan UPM Serdang dalam tempoh masa kurang dua minggu itu.

”Syabas dan tahniah buat Mac Frederon yang sentiasa inginkan kejayaan di semua peringkat ketika menyertai pertanding­an itu,” katanya.

Mohd Farik merakamkan ucapan terima kasih kepada Guru Besar SJKC Chi Wen Julius Voo Jiunn Jye yang banyak memberikan sokongan moral kepada Mac Frederon dan beliau sendiri ketika menyertai pertanding­an di peringkat Labuan dan kebangsaan.

Beliau yakin komitmen semua pihak itu termasuk ibu bapa murid terbabit akan memberi sinar kecemerlan­gan di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

 ??  ?? ROSMAH menyampaik­an hadiah kepada Mac Frederon.
ROSMAH menyampaik­an hadiah kepada Mac Frederon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia