Utusan Borneo (Sabah)

2,830 pelajar terima bantuan pelajaran MAIWP

-

LABUAN: Seramai 2,830 pelajar telah menerima bantuan peralatan dan pakaian persekolah­an bagi tahun 2018 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Cawangan Labuan.

Majlis pelancaran agihan bantuan itu disempurna­kan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abdul Ghani di Dewan Konvensyen Kompleks Ujana Kewangan Labuan pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Labuan Fadzillah Haji Mahmud dan Pengurus MAIWP Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Haji Md Tahir.

Pada majlis itu, Khalid turut menyampaik­an Skim Bantuan Peralatan dan Pakaian Persekolah­an bagi Sesi 2018 yang keseluruha­nnya bernilai RM885,049.12 dan RM582,000 peruntukan Skim Bantuan Am Pelajaran IPT bagi 2017.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada guruguru yang menguruska­n bantuan daripada MAIWP Labuan.

Khalid mengucapka­n terimakasi­hkepadapem­bayar zakat yang tidak pernah jemu setiap tahun membayar zakat dengan membantu golongan yang kurang berkemampu­an di samping mengerjaka­n Rukun Islam Ketiga.

“Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada guru-guru yang telah mendidik anak bangsa dan juga menjadi mata-mata bagi MAIWP dalam menyalurka­n bantuan kepada pelajar,” katanya.

Jelasnya, apabila status sosial dan kedudukan kewangan atau apa sahaja alasan lain boleh menjadi penyebab pendidikan generasi muda terganggu, ia adalah satu tragedi yang besar dalam masyarakat.

“Kalau kita ditimpa bencana alam, kita boleh membina semula bangunan atau kerosakan. Namun jika masyarakat tiada pendidikan maka di situlah terjadi yang buruk akhlaknya, yang tidak telus dan tidak beretika kerjanya,” katanya.

Beliau berkata usaha MAIWP Labuan itu adalah salah satu cara dalam membantu golongan yang terdiri daripada anakanak asnaf yang kurang berkemampu­an serta dapat menyalurka­n zakat kepada mereka yang layak menerimany­a.

Tambah beliau, penerima bantuan peralatan pelajaran itujugaada­lahdalamka­langan pelajar yang menerima bantuan dermasiswa daripada MAIWP Labuan.

“Saya berharap menerusi bantuan MAIWP Labuan ini akan meringanka­n beban kewangan ibu bapa dalam persediaan persekolah­an 2018,” katanya.

Khalid juga yakin bantuan itu dapat menjadi pembakar semangat anak-anak dalam meneruskan pembelajar­an agar tidak ada lagi masalah keciciran pelajar yang tidak berkemampu­an dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an.

Pada masa sama, beliau menyeru ibu bapa agar dapat memastikan anakanak mereka meneruskan pembelajar­an sehingga ke menara gading.

 ??  ?? KHALID (empat kanan), Fadzilah (tiga kanan) dan Ahmad Saifuddin (empat kiri) bersama wakil pelajar yang menerima bantuan peralatan dan pakaian persekolah­an.
KHALID (empat kanan), Fadzilah (tiga kanan) dan Ahmad Saifuddin (empat kiri) bersama wakil pelajar yang menerima bantuan peralatan dan pakaian persekolah­an.
 ??  ?? WAKIL pelajar UMSKAL menerima RM582,000 peruntukan Skim Bantuan Am Pelajaran IPT bagi Tahun 2017.
WAKIL pelajar UMSKAL menerima RM582,000 peruntukan Skim Bantuan Am Pelajaran IPT bagi Tahun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia