Utusan Borneo (Sabah)

Hamzah Tokoh Maal Hijrah

Sambutan Maal Hijrah 1439/2017 peringkat daerah Keningau

-

KENINGAU: Haji Matin @Hamzah Asungkil @ Baba telah dipilih Tokoh Maal Hijrah 1439/2017 sempena sambutan Maal Hijrah peringkat daerah ini yang diadakan di dewan Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS) di sini pada Selasa.

Penerima Anugerah Khas individu telah diberikan kepada Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Bahagian Keningau Gunasegara­n A/L Krishnan sementara Anugerah Khas Kewartawan­an dan Siaraya Islamik diberikan kepada Johan Aziz dari akhbar Borneo Post dan Utusan Borneo.

Tanah Perkuburan Orang-Orang Islam Batu 29 Jalan Keningau-Tenom Kampung Banjar dipilih sebagai penerima Anugerah Ar Raudah, Masjid Jamek Al Hikam Kampung Menawo dan Surau An Nur Kampung Kadalakan dipilih sebagai penerima Anugerah Masjid Cemerlang dan Anugerah Surau Cemerlang.

Anugerah Khas Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah diberikan kepada Persatuan Pencegahan Dadah (Pemadam) Daerah Keningau.

Sambutan Maal Hijrah peringkat daerah ini telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno.

Sairin juga telah menyampaik­an anugerah tokoh, anugerah khas dan anugerah cemerlang kepada para penerima.

Majlis yang dihadiri kirakira 1,000 orang itu turut diserikan dengan ceramah Maal Hijrah Khas dan persembaha­n nasyid oleh kumpulan Seri Al Tahfiz Al Ilmi Keningau yang membawa lagu Ya Hana dan lagu tema Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara serta persembaha­n Al Munzir dengan lagu Sedar dan Kau Yang Ada.

Hadir sama pada majlis itu, Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Haji Yusop Haji Osman, Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Ahmad Jawila, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pegawai Tadbir Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) Affendy Kasimin, Pengetua IPDAS Ustaz Haji Nurjeli Haji Dais dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil.

“Penerima Anugerah Khas individu telah diberikan kepada Ketua Cawangan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Bahagian KeningauGu­nasegaranA/LKrishnans­ementara Anugerah Khas Kewartawan­an dan Siaraya Islamik diberikan kepada Johan Aziz dari akhbar Borneo Post dan Utusan Borneo.

 ??  ?? HAMZAH (dua kanan) penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439/2017 menerima anugerah yang disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Yusop (tiga kiri), Ahmad (kanan), Amir (kiri) dan Affendy (dua kiri).
HAMZAH (dua kanan) penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1439/2017 menerima anugerah yang disampaika­n oleh Sairin. Turut kelihatan Yusop (tiga kiri), Ahmad (kanan), Amir (kiri) dan Affendy (dua kiri).
 ??  ?? GUNASEGARA­N menerima Anugerah Khas Individu yang disampaika­n oleh Sairin.
GUNASEGARA­N menerima Anugerah Khas Individu yang disampaika­n oleh Sairin.
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an Anugerah Ar-Raudah kepada wakil Kampung Banjar Hasnah Atu.
SAIRIN menyampaik­an Anugerah Ar-Raudah kepada wakil Kampung Banjar Hasnah Atu.
 ??  ?? WAKIL Surau An Nur Kampung Kadalakan menerima Anugerah Surau Cemerlang yang disampaika­n oleh Sairin.
WAKIL Surau An Nur Kampung Kadalakan menerima Anugerah Surau Cemerlang yang disampaika­n oleh Sairin.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N lagu nasyid oleh kumpulan Seri Al Tahfiz Al Ilmi Keningau.
PERSEMBAHA­N lagu nasyid oleh kumpulan Seri Al Tahfiz Al Ilmi Keningau.
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an anugerah Masjid Cemerlang kepada wakil Masjid Jamek Al Hikam Kampung Menawo.
SAIRIN menyampaik­an anugerah Masjid Cemerlang kepada wakil Masjid Jamek Al Hikam Kampung Menawo.
 ??  ?? WAKIL Pemadam Daerah Keningau menerima anugerah Khas NGO yang disampaika­n oleh Sairin.
WAKIL Pemadam Daerah Keningau menerima anugerah Khas NGO yang disampaika­n oleh Sairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia