Utusan Borneo (Sabah)

Nur Jannah johan Festival Nasyid Bicara Ummah 2017

-

LABUAN: Kumpulan Nasyid Nur Jannah muncul johan Festival Nasyid Bicara Ummah 2017 anjuran Labuan FM yang diadakan di Auditorium Labuan Internatio­nal School pada Sabtu.

Kumpulan itu yang menyanyika­n lagu Hijrah Hati membawa balik hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan diraih Kumpulan Ib-Daie dengan lagu Hijrah manakala tempat ketiga Kumpulan Shoutul il-tizam yang menyampaik­an lagu Taqwa.

Kedua-dua kumpulan itu masing-masing menerima hadiah RM600 dan RM500.

Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid Abdul Ghani menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penyiaran Labuan Rohani Harithuddi­n dan Pengurus Majlis Agama Islam (MAIWP) Labuan Ustaz Ahmad Saifuddin Md Tahir serta Pengerusi Dewan Usahawan Melayu Labuan (DUML) Dato’ Sri Mohd Alias Abd Rahman.

Labuan FM meluaskan lagi peranannya dengan mengetenga­hkan aspek dakwah Islamiah, selain menyalurka­n pelbagai informasi dan hiburan, bagi mendekati masyarakat.

Justeru, Festival Nasyid Bicara Ummah 2017 dianjurkan bagi memupuk dan menyedarka­n umat Islam agar menjalanik­ehidupanme­ngikut ajaran Islam sebenar.

Penerbit program Salbiah Ajis berkata, penganjura­nnya bakal diteruskan pada masa akan datang memandangk­an ia mendapat sambutan menggalakk­an.

Katanya, penyertaan kumpulan nasyid terus digalakkan di samping kerjasama dengan pihak terlibat diharap berterusan.

Festival Nasyid Bicara Ummah 2017 dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan.

Bagi mengimarah­kan lagi festival itu, turut diadakan forum bicara ummah bertajuk

‘Lingkaran Sejarah Hijrah – Dari Mana Nak Ke Mana’, yang menampilka­n Ustaz Md Ghazali Ibrahim dan Ustaz Redzuan Mohd Zin.

Persembaha­n Kumpulan Nasyid Al-Furqan dan artis jemputan Suffian Amrin dari Kumpulan Saujana menghiburk­an kira-kira 300 umat Islam yang menghadiri festival itu.

 ??  ?? KHALID menyampaik­an hadiah kepada Kumpulan Nasyid Nur Jannah. Turut kelihatan Rohani (empat kanan).
KHALID menyampaik­an hadiah kepada Kumpulan Nasyid Nur Jannah. Turut kelihatan Rohani (empat kanan).
 ??  ?? KUMPULAN Shoutul il-tizam menduduki tempat ketiga.
KUMPULAN Shoutul il-tizam menduduki tempat ketiga.
 ??  ?? GHAZALI (kiri) dan Redzuan (kanan) menjadi ahli panel Bicara Ummah.
GHAZALI (kiri) dan Redzuan (kanan) menjadi ahli panel Bicara Ummah.
 ??  ?? NAIB johan diraih Kumpulan Ib-Daie.
NAIB johan diraih Kumpulan Ib-Daie.
 ??  ?? (gambar atas) ROHANI bersama Khalid, Mohd Alias dan Ahmad Saifuddin.
(gambar atas) ROHANI bersama Khalid, Mohd Alias dan Ahmad Saifuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia